CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7468|Reply: 0

[Johor] Besarkan 8 anak sendiri selepas suami ‘pergi’

[Copy link]
Post time 21-3-2024 10:13 AM | Show all posts |Read mode

Norsaidtulakma bersama empat anaknya di rumahnya di Kampung Parit Markom, Benut di Pontian baru-baru ini.

PONTIAN – Seorang ibu tunggal tekad membesarkan lapan anaknya seorang diri setelah pemergian suaminya akibat terjatuh pokok pada Januari lalu.

Norsaidatulakma Bohari, 29, berkata, dia kini adalah ‘ayah’ dan ibu kepada anak-anaknya yang berusia antara 1 hingga 20 tahun yang masih memerlukan perhatian serta penjagaan.

Menurutnya, selepas terjatuh pokok, suaminya, Noor Huda Salleh, 50, terpaksa ditidurkan, namun komplikasi kesihatan yang dialami menyebabkan keadaan semakin parah sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 13 Januari lalu.

“Kedai runcit yang diuruskan arwah sejak dua tahun lalu telah ditinggalkan kepada saya dan ia adalah ‘penyambung nyawa’ kepada kami anak-beranak untuk meneruskan kehidupan.

“Bagaimanapun, keuntu­ngan daripada berniaga itu tidak banyak kerana terpaksa bersaing dengan kedai-kedai lain dan juga pasar raya.

“Pendapatan bulanan kira-kira RM1,500 sahaja dan ia tidak mencukupi bagi menampung kehidupan kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui di Kampung Parit Markom, Benut di sini baru-baru ini.

Norsaidatulakma membe­ritahu, hasil perkahwinan de­ngan arwah, dia dikurniakan empat cahaya mata lelaki dan lima anak perempuan.

Katanya, anak sulung perem­puan berusia 20 tahun kini belajar di Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim, manakala anak kedua berusia 19 tahun dan ketiga berusia 17 tahun baru tamat persekolahan.

“Anak keempat saya berusia 14 tahun pula kini dijaga ibu saudaranya di Kedah, manakala anak ke lima, keenam, ketujuh dan kelapan masih bersekolah serta bongsu berusia setahun empat bulan.

“Anak-anak saya masih ramai yang bersekolah dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi,” ujarnya.

Ditanya mengenai sebarang bantuan yang diterima ketika ini, dia sedang membuat permohonan bantuan daripada Baitulmal Daerah Pontian sebanyak RM700 sebulan.

Orang ramai yang bersimpati boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional 01108-41-00005161-0 miliknya.
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... elepas-suami-pergi/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.143318 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list