CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5499|Reply: 0

[Johor] Rujuk kembali membuah bahagia

[Copy link]
Post time 23-3-2024 12:23 PM | Show all posts |Read mode

SHAFINAH dan Mohd Azizi kini kembali bersatu menjadi sebuah keluarga bahagia bersama dua orang anak mereka.

Johor Bahru: "Awalnya, saya berbaik dengan bekas suami hanya kerana anak. Namun, perubahan bekas suami dan kesungguhannya mengambil hati membuatkan saya terbuka hati untuk menerimanya kembali.

"Lebih manis, perasaan cinta yang berputik kembali itu seperti zaman bercinta dahulu," kata Shafinah Sharifudin, 34.

Berkongsi kisahnya, Shafinah, 34, berpisah dengan suaminya, Mohd Azizi Mohd Aris, 37, selepas 12 tahun hidup bersama dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

"Dilabel sebagai loving couple, penceraian yang berlaku itu tidak diketahui keluarga dan rakan terdekat. Lebih-lebih lagi, kami tetap tinggal serumah ketika tempoh edah.


"Saya mengambil keputusan untuk tetap tinggal bersama selepas bercerai kerana berharap mungkin perkahwinan ini masih boleh diselamatkan.

"Namun, selepas tamat tempoh edah, saya keluar dari rumah dan kami membawa haluan masing-masing," katanya.

Shafinah berkata, dia berdepan fasa kesedihan selepas bercerai kerana gagal mempertahankan perkahwinan dibina.

"Ketika itu saya mahu melupakan segalanya serta mencari kebahagiaan sendiri.

"Namun, Shafinah tidak menyangka bahagia yang dicari itu memberi impak buat anak-anaknya terutama anak sulung yang berumur 13 tahun. Dia juga tidak mahu ke sekolah dan sering menangis serta sesak nafas.

"Akhirnya, doktor mengesahkan dia mengalami fasa awal kemurungan (depression) dan anxiety. Ketika itu, saya sangat sedih kerana tidak menyangka anak yang selama ini ceria menjadi pendiam, pemarah dan suka menyendiri disebabkan oleh perpisahan saya dan ayahnya," katanya.

Situasi itu membuatkan Shafinah bergelut dengan perasaan dan menyalahkan diri sendiri.

Demi kebahagiaan dan kesihatan anaknya, Safina membawa ibu tinggal serumah bersama anak-anaknya yang turut diberi perhatian oleh bekas suami.

"Alhamdulillah, langkah itu membuahkan hasil apabila anak sudah mula senyum kembali dan mahu ke sekolah. Prestasinya juga semakin baik," katanya.

"Ketika itu saya lihat suami sudah banyak berubah dan berusaha untuk memenangi hati saya kembali," katanya.

Melihat kepada kesungguhan suaminya itu, Shafinah akhirnya bersetuju untuk kembali bersama dan melangsungkan majlis perkahwinan pada 9 September tahun lalu.

Berkongsi kehidupannya selepas rujuk kembali bersama suami, Shafinah berkata mereka ibarat bercinta kembali.

"Layanan suami juga sangat berbeza berbanding sebelum ini. Dia lebih penyayang, mengambil berat dan sentiasa mendahulukan saya serta anak-anak.

"Penceraian itu sememangnya pahit. Tapi bila berkahwin kembali, ia beri satu kemanisan yang saya harapkan akan kekal selamanya.

"Saya bersyukur dengan berharap dapat hubungan ini akan kekal hingga ke akhir hayat dan saya boleh menjadi seorang isteri serta ibu yang baik," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ali-membuah-bahagia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 1.046570 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list