CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10816|Reply: 0

[Kelantan] Tidak menang tangan siapkan tempahan ketupat

[Copy link]
Post time 24-3-2024 10:31 AM | Show all posts |Read mode

Ketupat palas sajian yang sememangnya popular di kawasan Pantai Timur. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Rantau Panjang: Setiap kali menjelang Aidilfitri, pengusaha ketupat dari Kampung Lubok Gong, di sini tidak cukup tidur demi menyiapkan lebih 30,000 ketupat palas yang ditempah pelanggan.

Suwaibah Mustafa, 50, menyifatkan Ramadan adalah waktu yang paling sibuk buat dirinya demi memastikan segala tempahan dapat disiapkan mengikut jadual.

Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, dia menjual empat jenis ketupat palas sejak 20 tahun lalu iaitu manis, lemak, pulut hitam dan ketupat serunding.

"Setiap hari saya perlu menyiapkan sekurang-kurangnya 1,000 biji ketupat dan dibantu oleh lima pekerja yang juga penduduk sekitar kampung ini untuk proses membungkus ketupat.


"Seawal 5 pagi selepas selesai bersahur, saya sudah mula menyiapkan segala kelengkapan termasuk mesin kelapa dan merendam beras pulut sebelum direbus.

"Setiap hari, proses membungkus ketupat hanya selesai pada jam 2 atau 3 petang. Selepas waktu itu, saya akan berehat kira-kira sejam sebelum membuat persediaan untuk esok pula," katanya ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Ditanya apa perbezaan ketupat yang dihasilkannya berbanding pengusaha lain, Suwaibah berkata, pendekatan yang dilakukan adalah berbeza.

"Saya lebih ke arah tradisional, jika orang lain menggunakan santan yang siap ditempah, berbeza dengan saya yang membeli kelapa dan akan mengupas sebelum parut kelapa sendiri.

"Saya tidak yakin guna santan yang dibeli di kedai kerana bimbang ia menjejaskan rasa ketupat saya," katanya.

Katanya, sangat bersyukur ketupatnya menerima sambutan menggalakkan pada Aidilfitri dan mempunyai pelanggan tetap, apatah lagi selepas mengambil alih perniagaan itu daripada ibu mentua yang meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Sebelum ini katanya, dia membantu ibu mentua mengusahakan perniagaan berkenaan.

"Walaupun tidak cukup tidur, namun saya bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah dan sentiasa menjaga kualiti ketupat supaya hidangan ini terus dapat sambutan," katanya yang menjual ketupat serendah RM1 hingga RM1.40 bergantung kepada jenis

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-tempahan-ketupat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.352157 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list