CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8371|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Bimbang rumah retak

[Copy link]
Post time 24-3-2024 01:16 PM | Show all posts |Read mode

Kesan keretakan dinding rumah milk Norsiah Hamzah. FOTO AZRUL EDHAM

Seremban: Seorang wanita warga emas melahirkan kebimbangan selepas rumahnya di Jalan Desa Dahlia 8, Taman Desa Dahlia, di sini, mengalami keretakan pada lantai, dinding dan bumbung.

Kejadian itu dipercayai akibat kesan kerja pembaikan cerun yang hanya 3.5 meter dari rumahnya ditambah dengan pergerakan tanah sejak lebih setahun lalu.

Hasil tinjauan di lokasi mendapati retakan turut berlaku di lantai di hadapan rumah selain kawasan longkang di tepi kediaman terbabit.

Norsiah Hamzah, 65, berkata, kejadian pada 21 Mac lalu itu disedari anaknya yang pulang dari tempat kerja apabila mendapati rekahan selebar kira-kira 5 sentimeter pada dinding.

"Sebelum ini memang berlaku runtuhan cerun di tepi rumah sejak setahun lalu sebelum kerja penstabilan cerun dilakukan kira-kira sebulan lalu.

"Pada malam Khamis lalu, hujan lebat. Anak yang baru tiba di rumah mendapati cahaya masuk dari bahagian dinding sebelum terdapat rekahan termasuk pada lantai dan bumbung seolah bahagian tepi rumah terbelah," katanya ketika ditemui di rumahnya, baru-baru ini.

Keesokan pagi, katanya, mereka melakukan pemeriksaan lanjut sebelum mendapati bahagian luar rumah sehingga ke jalan di luar pagar turut merekah.

"Ketika ini memang pihak bertanggungjawab sedang menjalankan kerja pembaikan cerun dengan memasang cerucuk. Saya percaya kerja pemasangan 'piling' ini yang menjadi punca keretakan selain ditambah pergerakan tanah itu sendiri.

"Kami melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa dan mereka ada datang membuat pemeriksaan. Malah pihak bomba menasihatkan kami supaya mengosongkan rumah," katanya.

Menurutnya, rumah itu didiami bersama seorang anak dan menantu masing-masing berusia 39 tahun.

"Kami memang bimbang dengan keselamatan jika berlaku apa-apa dan akan akur dengan nasihat pihak berkuasa. Namun apa nasib rumah hasil titik peluh saya dan arwah suami ini.

"Kami tidak mahu menuding jari kepada sesiapa, namun berharap pihak berkuasa dapat bertanggungjawab ke atas keretakan ini dengan membaik pulihnya," katanya.

Sementara itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban Datuk Masri Razali berkata, pihaknya akan melakukan siasatan lanjut berhubung kejadian terbabit.

"Ketika ini memang ada kerja pembaikan cerun dilakukan di kawasan berhampiran rumah wanita berkenaan ekoran runtuhan cerun.

"Pihak kami ada membuat lawatan ke tapak dan saya akan memberi maklum balas mengenai keadaan rumah ini atau kediaman lain di sekitarnya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bimbang-rumah-retak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.044360 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list