|
FOTO HIASAN
Kota Bharu: Kerajaan Kelantan memberi jaminan masalah bekalan air di negeri itu dijangka selesai sepenuhnya pada 2028.
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Kelantan, Datuk Dr Izani Husin berkata, hanya 20 peratus kawasan di negeri itu yang berdepan masalah air, bukannya sebahagian besar seperti yang didakwa pelbagai pihak.
Justeru, beliau meminta penduduk yang berdepan masalah air supaya bersabar untuk sedikit masa sahaja lagi sebelum ia diselesaikan sepenuhnya.
"Kita jangkakan pada 2028, Kelantan akan mengalami lebihan air sekali gus masalah bekalan air dapat diselesaikan.
"Ini kerana semua loji yang kini dalam pembinaan dan penambahbaikan akan siap sepenuhnya pada akhir 2027.
"Pada masa sama, kita sudah mengenalpasti paip yang perlu ditukar iaitu sepanjang 5,000 kilometer (km), manakala yang perlu ditukar segera adalah sepanjang 1,000 km," katanya.
IZANI Husin ketika bertemu pengamal media pada Majlis Berbuka Puasa bersama Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) hari ini. FOTO Bernama
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Bersama ECRL di Hotel Perdana di sini, malam tadi.
Mengulas lanjut, Dr Izani berkata, pihaknya akan mengemukakan permohonan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya penukaran paip dapat dipercepatkan.
"Untuk masa kini, kita hanya berupaya menukar 150 km untuk setahun dan kita akan buat permohonan untuk melantik lebih ramai kontraktor supaya dapat menukar paip sepanjang 250 km setahun.
"Masalah air di Kelantan bukan perkara baharu sebaliknya sudah 30 tahun dan sepanjang tempoh itu pelbagai usaha dilakukan kerajaan negeri sehingga kini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lesai-2028-dr-izani |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|