|
LOKASI kejadian kes seorang bayi dikelar ibu kandung di Taman Cahaya Masai. FOTO Omar Ahmad
Johor Bahru: Wanita yang mengelar bayi lelaki berusia setahun enam bulan dalam kejadian di Taman Cahaya Masai dekat Pasir Gudang pada 16 Mac lalu, sudah dituduh di Mahkamah Johor Bahru.
Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, wanita berusia 32 tahun dituduh Seksyen 302 Kanun Keseksaan pada 21 Mac lalu.
"Buat masa ini, mahkamah sudah memerintahkan suspek dihantar ke Hospital Permai untuk mendapatkan penilaian kesihatan terlebih dahulu sebelum tindakan selanjutnya boleh diambil.
"Perintah mahkamah terhadap suspek dibuat mengikut Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah.
"Kebiasaannya penilaian kesihatan akan dibuat selama sebulan, namun sekiranya tempoh lebih lama diperlukan proses itu boleh mencapai sehingga tempoh tiga bulan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan majlis Sambutan Peringatan Hari Polis ke-217 Tahun 2024 Peringkat Negeri Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.
Kumar berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan seramai 10 orang saksi berhubung kejadian terbabit.
"Antaranya termasuk suami suspek, ahli keluarga dan jiran," katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak mengesahkan bayi lelaki maut akibat dikelar di bahagian leher dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Dalam perkembangan kes berasingan, Kumar memaklumkan pihaknya tidak menerima laporan polis baru berhubung kes liwat seorang pemimpin sayap pemuda sebuah parti politik di Mersing.
Katanya setakat ini lima laporan polis dibuat membabitkan seramai enam mangsa.
"Buat masa ini suspek sudah dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu tindakan lanjut oleh Pejabat Pendakwa Raya.
"Kita juga menasihatkan mangsa kes sedemikian untuk tampil membuat laporan polis bagi mendapatkan pembelaan terhadap kejadian yang menimpa mereka," katanya.
Baru-baru ini, media melaporkan seorang naib ketua pemuda sebuah parti politik ditahan selepas disyaki terbabit dengan kes liwat membabitkan mangsa berusia antara 15 hingga 21 tahun.
Difahamkan, ada antara mangsa mendakwa telah diliwat suspek sejak 2017 hingga Februari lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -bayi-sudah-dituduh |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|