CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7530|Reply: 1

[Terengganu] Projek ECRL Terengganu sudah capai kemajuan 80.28 peratus

[Copy link]
Post time 26-3-2024 09:18 AM | Show all posts |Read mode

PROJEK ECRL.

Kuala Terengganu: Kerja-kerja pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu sudah mencapai kemajuan sebanyak 80.28 peratus, setakat Februari lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link (MRL) Sdn Bhd, Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, ia menjadikan Terengganu sebagai negeri yang mencatat peratusan kemajuan projek tertinggi, antara empat negeri yang terbabit dengan projek ECRL iaitu Kelantan, Pahang dan Selangor.

Beliau berkata, proses pengambilan tanah untuk laluan utama ECRL di Terengganu selesai sepenuhnya, manakala kerja-kerja pemasangan landasan pula dijangka siap hujung tahun ini.

Katanya, sebahagian besar kerja-kerja infrastruktur di Terengganu sudah diselesaikan dan baki projek kira-kira 20 peratus di Terengganu membabitkan kerja-kerja elektrifikasi, sistem dan sebagainya.


"Secara keseluruhannya, kemajuan projek ECRL yang merangkumi empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor mencapai 62.4 peratus, setakat Februari lalu dan 80.28 peratus di Terengganu.

"Ini menggambarkan bahawa projek ini akan siap tidak lama lagi, kita hanya berbaki 33 bulan untuk siap keseluruhannya sehingga pada Disember 2026 bagi jajaran dari Kota Bharu, Kelantan sehingga ke Gombak, Selangor.

"Hasil kerjasama yang baik daripada semua pihak membolehkan projek ini berjalan dengan lancar dan dengan kemajuan yang dicapai setakat ini, kita sebenarnya berada pada landasan yang baik untuk kita siap sepenuhnya pada Disember 2026," katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Bersama ECRL di sini, malam tadi.

Darwis berkata, jajaran ECRL di Terengganu membabitkan pembinaan enam buah stesen dengan Stesen Jerteh di Besut, Bandar Permaisuri di Setiu, Kuala Terengganu dan Kemasik di Kemaman akan berfungsi sebagai stesen penumpang, manakala Stesen Dungun dan Chukai di Kemaman pula untuk tujuan penumpang serta kargo.

Beliau berkata, jajaran ECRL dari Kota Bharu, Kelantan ke Terminal Bersepadu Gombak, Selangor dijangka siap mengikut jadual iaitu pada Disember 2026 dan akan mula beroperasi pada Januari 2027, manakala jajaran ECRL dari Gombak ke Pelabuhan Klang pula dijangka siap pada Disember 2027.

Katanya, pembinaan projek ECRL sepanjang 665 kilometer itu membabitkan kos RM50.27 bilion.

"Pengoperasian ECRL akan menjimatkan masa perjalanan dan dapat menghubungkan Kuala Terengganu dengan Terminal Bersepadu Gombak dalam masa tiga jam," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... majuan-8028-peratus

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2024 01:15 PM | Show all posts
Berita yang sangat baik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.512460 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list