CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7634|Reply: 1

[Pahang] Kencing manis ragut hidup peneroka

[Copy link]
Post time 26-3-2024 09:21 AM | Show all posts |Read mode

Mohd. Mohyi menunjukkan kaki kirinya yang dipotong ketika ditemui di rumahnya di Felda Kota Gelanggi Empat di Jerantut semalam.

JERANTUT – Seorang peneroka di Felda Kota Gelanggi Empat di sini merayu bantuan selepas tidak mampu bergerak kerana terlantar apabila kaki kirinya dipotong sebanyak tiga kali akibat penyakit kencing manis.

Mohd. Mohyi Mohd. Junid, 68, berkata, kakinya dipotong akibat jangkitan kuman bermula dari paras betis pada Januari hingga ke pangkal paha dua bulan kemudian di Hospital Sultan Ahmad Shah di Temerloh.

Katanya, kakinya dipotong apabila penyakit kencing manis yang dialami sejak 2014 makin parah.

“Pembedahan terpaksa dilakukan tiga kali bagi mengelakkan jangkitan lebih parah. Saya bersyukur apabila pembedahan kali ketiga cepat sembuh dan dibenarkan pulang, namun perlu jalani rawatan berkala.

“Ekoran itu, saya tidak mampu bergerak dan hanya terlantar. Kini saya amat terbeban untuk tampung kos sara hidup dan hanya dapat RM500 sebulan hasil daripada program tanaman semula sawit,” kata bapa kepada dua anak itu.

Menurut Mohd. Mohyi, sebahagian sawit tidak lagi mengeluarkan hasil menyebabkan dia sekeluarga kekurangan pendapatan untuk belanja dapur.

Tambahnya, kekurangan belanja makin tenat pada bulan Ramadan dan bakal menyambut Aidilfitri seadanya kerana ke­sempitan hidup.

“Saya tidak mampu bekerja untuk membiayai kos keperluan dapur, bil dan rawatan susulan di hospital yang melibatkan per­belanjaan RM2,500 sebulan,” katanya.

Ujar Mohd. Mohyi, dia terpaksa dipapah isteri dan anak­nya jika mahu ke tandas dan bilik air kerana pergerakannya terbatas ekoran turut menghidap strok ringan.

“Saya berharap kerajaan dan dermawan dapat memberikan sumbangan katil hospital, tongkat dan kaki palsu supaya memudahkan pergerakan saya,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menghubungi Mohd. Mohyi di talian 019-927 5344 atau menyalurkan sumba­ngan ke akaun Maybank bernombor 1620 4910 0177.
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... gut-hidup-peneroka/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2024 01:14 PM | Show all posts
Jika ada yang berkemampuan, sila bantu ya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.247371 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list