CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4138|Reply: 0

[Terengganu] Lelaki didakwa cederakan rakan sekampung guna parang

[Copy link]
Post time 26-3-2024 03:14 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kuala Terengganu: Lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didakwa mencederakan rakan sekampungnya sehingga menyebabkannya putus jari manis kiri selain hampir putus telinga kiri.

Tertuduh, Muhammad Hafiz Izzuddin Yusof,26 , membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas seorang lelaki yang ketika kejadian berusia 35 tahun menggunakan sebilah parang.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di rumah di Gong Kijang di sini, 8 malam 11 Disember 2023.


Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan (KK) berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 24 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Mahkamah turut membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nabihah Hanin Ayim manakala tertuduh tidak diwakili peguam

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kampung-guna-parang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.039008 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list