|
MD. FARID menunjukkan nasi himpit tempahan ‘munjung’ yang ditinggalkan apabila rumahnya terbakar dalam kejadian di Kampung Parit Selangor, Pontian, pagi semalam.
PONTIAN – Hanya linangan air mata dan sayu bagi 14 mangsa kebakaran melibatkan dua rumah di Kampung Parit Selangor, di sini, apabila kediaman mereka hangus terbakar 10 hari menjelang Aidilfitri semalam.
Kebakaran pada kira-kira pukul 10.30 pagi itu menyebabkan mereka tinggal sehelai sepinggang, manakala persiapan hari raya termasuk pakaian, kuih-muih semua hangus terbakar.
Salah seorang pemilik rumah, Md. Farid Mahpul, 64, berkata, dia bersama isterinya, Rosniwati Rosnin, 46, sedang menyiapkan tempahan juadah ‘munjung’ oleh pelanggan.
Bagaimanapun ketika sedang memasak, dia melihat kepulan asap dari salah satu rumah lantas bergegas keluar dan meninggalkan semua bahan-bahan yang sedang dimasak ketika itu.
“Tiada apa yang sempat diselamatkan dan saya menjerit meminta semua ahli keluarga termasuk bapa mentua, Rosnin Ahmad, 89, yang tinggal bersama saya keluar dari rumah segera.
“Selain itu, tiga anak dan seorang kakak ipar, Hasnah Rosnin, 60, menghidap penyakit buah pinggang turut bergegas keluar dari rumah,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
ROSNIN menunjukkan rumahnya yang hangus terbakar dalam kejadian di Kampung Parit Selangor, Pontian, pagi semalam.
Seorang lagi pemilik rumah, Mohd. Faisal Saidi, 38, berkata, ketika kejadian dia sedang bekerja sebagai pembantu pemandu lori sebuah pasar raya untuk menghantar bekalan barangan.
Katanya, ketika kejadian isterinya, Siti Nor Faezah Kosnin, 37, bersama lima anak berada di dalam rumah dan terus keluar dari rumah apabila terdengar jeritan tersebut.
“Semua kelengkapan persekolahan empat anak iaitu seorang di sekolah menengah dan tiga di sekolah rendah hangus terbakar termasuk buku-buku teks,” ujarnya.
Sementara itu, dua jentera FRT dan sebuah jentera EMRS dari Balai Bomba Pontian dan Balai Bomba Pontian Baru dikejarkan ke lokasi kejadian bersama 19 anggota diketuai oleh Penolong Pengusaha Bomba, Azhar Abdul Jalil.
Pasukan Keluar Operasi(PKO) bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan 1 aliran 200 kaki 1 breaching dan 2 pancutan sumber air pam jentera sehingga api padam sepenuhnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... -sambut-aidilfitri/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|