View: 4156|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Individu dakwa pemilik bagasi RM500k kata tertinggal wang itu tapi tak bawa bukti
[Copy link]
|
|
BAGASI yang dijumpai di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah. FOTO arkib NSTP
Kuala Lumpur: Individu yang mendakwa pemilik bagasi mengandungi wang RM500,000 yang ditemui di pusat beli-belah di Damansara pada 19 Mac lalu sudah tampil memberi keterangan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, individu berkenaan yang juga pengarah syarikat kayu balak mendakwa tidak menyedari bagasi yang mengandungi wang diambil dari rumah rakannya di atas pusat beli-belah tidak dimasukkan ke dalam kenderaannya.
"Bagasi (yang mengandungi wang) itu diambil dari rumah rakannya yang ingin memulangkan wang itu selepas dipinjamkan tahun lalu untuk tujuan pelaburan.
"Individu terbabit perasan dia sudah membawa masuk bagasi berkenaan bersama sebuah lagi beg ke dalam kereta dan terus pulang ke rumah.
"Namun dia kemudian menyedari apabila hendak mengambil bagasi berisi wang itu tiada di dalam kereta," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Hussein berkata, ketika kehadirannya semalam, individu terbabit tidak membawa sebarang rekod bukti yang mengatakan wang itu adalah milik syarikatnya.
"Siasatan terhadap tuntutan itu masih diteruskan. Prosedur selepas ini adalah individu terbabit perlu datang semula untuk memberi keterangan lanjut termasuk sumber wang terbabit," katanya.
Pada 19 Mac lalu, pengawal keselamatan sebuah pusat beli-belah menemui bagasi berisi wang tunai berjumlah RM500,000 yang ditinggalkan di parkir sebuah pusat beli-belah di Damansara.
Pengawal keselamatan berkenaan kemudian membuat laporan polis berkaitan penemuan bagasi berwarna merah jambu dan putih bersaiz sederhana kira-kira jam 8 pagi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... g-itu-tapi-tak-bawa |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|