View: 12076|Reply: 7
|
Menggunakan Serbuk Telur Masin, Daun Kari Menaikkan Aroma!
[Copy link]
|
|
Edited by CARI-Author at 1-4-2024 05:48 AM
Gambar hiasan.
Tidak lama lagi, hari raya bakal menjelma dan pasti ada daripada anda sudah mula membuat kuih raya untuk dihidangkan kepada tetamu nanti.
Apa kata anda buat cornflakes telur masin pedas, bukan sahaja mudah untuk dibuat tetapi akan membuat anda ketagih ketika memakannya. Jom ikuti perkongsian daripada pengguna TikTok @mardiana_jaafar ini.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Mentega, daun kari, cili, serbuk telur masin dan cornflakes.
Langkah-langkah membuat cornflakes telur masin pedas:
1. Masukkan 125gm mentega dalam kuali dan kacaukan ia sehingga cair.
2. Kemudian, masukkan 5 tangkai daun kari untuk menaikkan aroma.
3. Selepas itu, masukkan 3 tangkai cili padi merah untuk rasa pedas.
4. Masukkan serbuk telur masin dalam separuh pek dan kacaukan kesemua bahan tadi.
5. Masukkan pula 1 mangkuk besar cornflakes dan kacau sehingga sebati dengan bahan tadi.
6. Terakhir sekali, bakar menggunakan air fryer dengan suhu 180 celcius selama 5 minit atau suhu 150 celcius selama 5 minit jika bakar menggunakan oven. Siap!
Mudah sahaja, bukan? Sebenarnya selain boleh dihidangkan kepada tetamu, anda juga boleh jadikan ia sebagai kudapan ketika moreh atau menonton TV di rumah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Orang hari raya nak kena potong kaki bukannya nak darah tinggi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tahun nie aioll konon nak buat kuih raya sendiri sebab kuih raya naik harga..lagipun dok fyp kat tt segala resepi kuih raya..so buatlah kelmarin 3 jenis dari pagi sampai membawa ke petang..pas buka posa aioll rasa la kuih raya hasil air tangan sendiri..hhmm tahun depan beli jelah..conflakes madu manis leting tahap potong kaki..biskut cornflakes coklat chip rasa tepung, biskut samperit keras dalam mulut..celah mana cair dalam mulut tqk jumpak..so tak mau dah buat..buat penat je..aioll bersara buat kuih raya..tak berbakat kekdahnya..
Sorry cerita pasal diri sendiri..sebab tgh hangin bab2 kuih raya nie..jahanam duit aioll jah.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|