|
Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Tanaman nanas di seluruh negara tidak terjejas biarpun keadaan cuaca panas dan kering melanda sejak beberapa minggu lalu.
Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Sheikh Umar Bagharib Ali, berkata setakat ini tiada aduan kerosakan tanaman akibat cuaca panas diterima daripada pekebun dan pengusaha tanaman tropika itu.
Bagaimanapun, katanya, jika kemarau terus berpanjangan, tanaman nanas perlu disiram air, tetapi secara sederhana.
"Secara umumnya cuaca panas bukan ancaman kepada tanaman nanas, kerana nanas daripada keluarga kaktus dan tidak memerlukan banyak air.
"Pada asasnya tanaman tropika tidak memerlukan air banyak, hanya perlukan matahari mencukupi dan setakat ini tiada aduan kerosakan tanaman nanas ekoran cuaca panas diterima.
"Kita juga tidak menerima laporan kebakaran ladang nanas khususnya di tanah gambut," katanya pada sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa LPNM di Grand Blue Wave di sini, malam tadi.
Sheikh Umar Bagharib berkata, eksport nanas berada dalam landasan positif dengan nilai RM5.7 bilion pada tahun lalu membabitkan pelbagai hasilan termasuk nanas segar dan nanas kaleng.
"Nanas kita dieksport ke China, Korea Selatan, Asia Barat, Jepun dan Jerman. Permintaan eksport banyak tetapi sekarang kita berdepan masalah pengeluaran untuk memenuhi pasaran.
"Permintaan eksport 4,000 kontena tetapi kita hanya mampu membekalkan 800 kontena dan berharap penambahan 200 kontena pada tahun ini dengan harapan eksport 1,000 kontena pada tahun ini.
"Untuk mencapai eksport 4,000 kontena kita perlu perluasan tanaman, selain harus ada kaedah penanaman berimpak tinggi supaya atas tanah sama dapat lipat gandakan tanaman dan produktiviti penghasilan.
"Perluasan tanah ini jika dalam jangka pendek, penanaman perlu digiatkan di Sabah dan Sarawak, kerana seperti di Sarawak, mereka ada 2.8 juta hektar tanah untuk kegunaan pertanian dan berharap kita dapat utk perkembangan tanaman nanas di sana," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... jejas-tanaman-nanas |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|