CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4284|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 11.55 juta atau 52.6 peratus dewasa daftar, kemas kini PADU - Rafizi

[Copy link]
Post time 1-4-2024 03:47 PM | Show all posts |Read mode

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

KUALA LUMPUR: Seramai 11.55 juta atau 52.6 peratus rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas sudah mendaftar dan mengemaskini profil mereka dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) selepas ia ditutup tengah malam tadi.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata jumlah itu menjadikan 17.65 juta atau 58.7 peratus keseluruhan profil rakyat termasuk ahli isi rumah bawah 18 tahun berjaya dikemaskini di sistem PADU.

Sehubungan itu kata beliau, berdasarkan data berkenaan, Kementerian Ekonomi akan membentangkan perancangan penyasaran semula subsidi kepada jemaah Menteri bulan ini.

"Sebarang pengumuman berkenaan hal ini akan diumumkan kerajaan pada masa akan datang," katanya dalam kenyataan hari ini.


Pendaftaran dan pengemaskinian PADU ditutup tengah malam tadi, selepas ia mula dibuka kepada orang ramai pada 2 Januari lalu.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, bagi mereka yang tidak berjaya mendaftar dan mengemaskini profil di PADU, data pentadbiran yang sedia adalah mencukupi dan akan digunakan untuk kerajaan menentukan kelayakan individu bagi tujuan penyasaran semula subsidi.

"Sekiranya ada keperluan, kementerian akan umumkan pembukaan semula PADU untuk tempoh yang singkat bagi pendaftaran dan pengemaskinian, selepas kerajaan membuat keputusan bentuk dan mekanisma subsidi bersasar," katanya.

Berdasarkan rekod pendaftaran dan pengemaskinian PADU mengikut negeri, Rafizi berkata, Perlis merekodkan peratusan tertinggi dengan 66.9 peratus diikuti Kelantan (65.2 peratus), Terengganu (62.7 peratus) serta Perak, 60.3 peratus.

Sementara negeri yang mencatatkan peratusan pendaftaran dan kemas kini di bawah 50 peratus adalah Johor dengan 48.4 peratus, Selangor (44.5 peratus), Sarawak (46.7 peratus) serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 47.6 peratus.

"Saya mengucapkan penghargaan kepada semua rakyat yang sudah mengambil inisistif untuk mendaftar PADU.

"Komitmen yang tinggi dan tidak berbelah bagi juga ditunjukkan oleh pasukan PADU sejak hari pertama pendaftaran dibuka hingga pendaftaran ditutup," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... as-kini-padu-rafizi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.824181 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list