View: 3606|Reply: 0
|
[Johor]
10 cedera dalam kemalangan bas persiaran, lori
[Copy link]
|
|
Anggota Bomba memeriksa kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Kulai di sini hari ini. Gambar ihsan Bomba
Kulai: Seramai 10 individu termasuk lapan penumpang cedera selepas bas persiaran dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan lori di Kilometer 36.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, di sini, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai Fairuz Helmi Mohd Helmi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan bas persiaran dan lori pada 6.28 pagi.
"Pemeriksaan ke atas bas mendapati pemandu berusia 33 tahun cedera di kaki kiri akibat tersepit di tempat duduk pemandu.
"Pemandu lori berusia 72 tahun bersama lapan penumpang termasuk empat wanita berusia 30-an turut cedera dan menerima rawatan awal daripada pasukan perubatan," katanya.
Katanya, empat penumpang bas persiaran kemudian dihantar ke hospital berhampiran bagi menerima rawatan lanjut.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika pemandu bas persiaran dan lapan penumpang dalam perjalanan ke Singapura dari Kuala Lumpur.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -bas-persiaran-lori |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|