CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3583|Reply: 0

[Johor] Kaki Azizul dipotong, leher ditebuk besi

[Copy link]
Post time 4-4-2024 09:46 AM | Show all posts |Read mode

Nor Azizah memeluknya anak sulungnya yang lumpuh dan hanya terlantar di atas katil di rumahnya di Kampung Parit Terus Sanglang, di Pontian, Johor.

PONTIAN – Tiada apa yang mampu dilakukan oleh seorang ibu selain terus bersabar menjaga anak sulungnya yang hanya terlantar di atas katil sejak 10 tahun lalu selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 2014.

Nor Azizah Mohamad, 53, berkata, di sebalik ujian itu, dia sentiasa reda dengan nasib yang menimpa anaknya, Mohd. Azizul Ismail Sairul, 30, yang perlu dijaga seperti seorang bayi.

Katanya, Azizul terlibat dalam kemalangan jalan raya pada pukul 5 pagi ketika keluar membantu ayahnya memungut kerang di Ayer Baloi.

Akibat kemalangan itu katanya, Azizul terpaksa menerima rawatan selama sebulan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), manakala kaki kanannya pula terpaksa dipotong dari paras lutut.

“Sejak itu, Azizul tidak mampu lagi untuk bergerak, leher juga sudah dipasang besi sebagai peralatan sokongan. Syukur kerana dia masih boleh berkomunikasi dengan kami sekeluarga.

“Untuk makan, dia perlu di­suap selain hanya minum susu khas dan memakai lampin pakai buang bagi memudahkannya membuang air kecil dan air besar,” katanya ketika ditemui dirumahnya di Kampung Parit Terus, Sanglang di sini baru-baru ini.

Katanya, Azizul merupakan bekas pelatih Giat Mara Sanglang dalam bidang automotif dan merupakan anak sulung daripada lima beradik.

Menurut Nor Azizah lagi, anaknya itu tidak boleh berada dalam persekitaran panas dan sepanjang masa memerlukan bantuan kipas angin selain menggunakan ketulan air batu bagi menyejukan badan.

“Jika panas, ia boleh menyebabkan Azizul sesak nafas sehingga membahayakan nyawanya,” katanya yang terpaksa meminjam kereta orang kampung jika hendak menghantar anaknya ke HSA untuk mendapatkan rawatan.

Tambah Nor Azizah, dia juga bersyukur apabila Azizul yang diketegorikan sebagai orang kelainan upaya (OKU) menerima bantuan sebanyak RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selain RM500 lagi daripada pihak Baitumal Daerah Pontian

“Sekarang ini saya berusaha untuk memohon bantuan dari JKM sebagai penjaga sara hidup memandangkan Azizul memerlukaan penjagaan sepanjang hayat,” katanya.

Dalam pada itu, mereka yang ingin membantu keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan kepada Nor Azizah Mohamad menerusi akuan Bank Simpanan Nasional (BSN) 0112241000085448 atau menghubunginya di talian 019-7966864.
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... leher-ditebuk-besi/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.508764 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list