CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10104|Reply: 0

[Johor] Jurulatih bola sepak sambilan mengaku tidak bersalah cabul 3 pelajar lelaki

[Copy link]
Post time 8-4-2024 03:29 PM | Show all posts |Read mode

FIKRI (dua dari kanan) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret atas pertuduhan cabul tiga pelajar. FOTO Alias Abd Rani

Muar: Jurulatih bola sepak sambilan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap tiga pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di daerah ini, Februari lalu.

Tertuduh, Muhammad Fikri Mohd Yazid, 27, yang berhadapan empat pertuduhan bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik kesemua pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Nurfarah Syahidah Mohd Noh.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap ketiga-tiga pelajar berusia 14 dan 15 tahun di sebuah rumah, dekat Jalan Temenggong Ahmad, antara jam 7 hingga 10 pagi, 5 Februari lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) dan (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 dan dibaca bersama Seksyen 16 (1) akta sama.


Seksyen 14 memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, manakala Seksyen 16, penjara tidak melebihi lima tahun dan juga sebatan tidak kurang dua kali.

Berdasarkan laporan dibuat mangsa, tertuduh didakwa mengajak pelajarnya datang ke rumah kononnya mahu mengukur jersi bola.

Kesemua mangsa adalah pemain bola sepak mewakili sekolah manakala tertuduh yang juga penjual burger, menjadi jurulatih sambilan kepada mereka.

Pada hari kejadian, tertuduh bukan mahu mengukur jersi tetapi dengan niat mahu mengambil kesempatan terhadap ketiga-tiga mangsa.

Tidak tahan dengan perbuatan lelaki itu, mangsa mengadu perkara itu kepada guru kaunseling sebelum membuat laporan polis.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, mahkamah tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh memandangkan ia di bawah bidang kuasa Mahkamah Sesyen.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 18 April ini, untuk serahan dokumen dan juga lantikan peguam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ul-3-pelajar-lelaki

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.284268 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list