CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3054|Reply: 0

[Pahang] Peniaga sayur rugi hampir RM1 juta dijerat sindiket dalam talian

[Copy link]
Post time 10-4-2024 03:59 PM | Show all posts |Read mode
Peniaga sayur rugi hampir RM1 juta dijerat sindiket dalam talian

Oleh Asrol Awang - April 10, 2024 @ 12:55pmbhnews@bh.com.my







KUANTAN: Seorang warga emas yang berniaga sayur di Cameron Highlands, kerugian RM958,088 akibat terperdaya dengan sindiket jenayah dalam talian.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata terdahulu mangsa lelaki berusia 69 tahun itu dikatakan menerima panggilan melalui aplikasi Facebook daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai bank di Dubai, 30 Mac tahun lalu.

Beliau berkata, suspek didakwa memberi tawaran kepada mangsa supaya mengaku sebagai saudara kepada seorang pendeposit sebanyak AS$26,700,000 yang telah meninggal dunia.

"Mangsa dijanjikan sebanyak 50 peratus daripada tuntutan terbabit sekiranya bersetuju dengan tawaran itu.

"Suspek kemudian dikata menyambungkan talian kepada seorang peguam yang menguruskan segala transaksi berhubung bayaran dikenakan terhadap mangsa seperti cukai, levi, bayaran anti pengubahan wang haram dan sebagainya.

"Susulan itu, mangsa melakukan 70 kali transaksi ke dalam 26 akaun bank berbeza dari 9 Mei 2023 hingga 11 Mac lalu, namun tidak mendapat sebarang bayaran yang dijanjikan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Yahaya berkata, hasil siasatan mendapati sumber kewangan mangsa adalah daripada simpanan sendiri.

Katanya, mangsa kemudian tampil membuat laporan polis, semalam.

Justeru, beliau menasihati orang ramai yang menerima panggilan meragukan, supaya segera membuat semakan dengan polis atau agensi kerajaan berkaitan bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan.

Selain itu, katanya, orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak sewenang-wenang mendedahkan maklumat perbankan mereka.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.096099 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list