View: 10058|Reply: 0
|
[Johor]
Hina Agong: 26 Pemuda UMNO bahagian di Johor buat laporan polis
[Copy link]
|
|
- Foto hiasan
JOHOR BAHRU: Pemuda UMNO Johor mengarahkan 26 bahagian sayap itu di negeri ini membuat laporan polis terhadap individu yang memuat naik entri di media sosialnya didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong, Jumaat lalu.
Ketuanya, Noor Azleen Ambros, berkata langkah itu bagi menggesa siasatan dibuat terhadap individu berkenaan yang dipercayai pemimpin muda PAS.
Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros
Katanya, semua 26 bahagian Pemuda UMNO di negeri ini akan membuat laporan berkenaan bermula hari ini.
"Saya sudah minta semua 26 bahagian Pemuda UMNO di Johor buat laporan polis mengenai tindakan seorang individu yang memuat naik entri di media sosialnya yang menghina Yang di-Pertuan Agong, bermula hari ini.
"Ia juga susulan gesaan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh malam tadi, yang menggesa siasatan dibuat terhadap individu berkenaan yang dilihat bertindak biadap terhadap Yang di-Pertuan Agong," katanya ketika dihubungi.
Dalam entri di akaun Facebook yang dipercayai sudah dimuat turun itu, antara lain individu berkenaan menyatakan tidak menadah tangan ketika doa dibacakan untuk Sultan dan Agong ketika solat Jumaat di negeri ini.
Beliau juga dilaporkan mendakwa doanya hanya diberi kepada pemimpin yang meletakkan agama sebagai nombor satu dan memperjuang serta mempertahan Islam ketika agama diancam.
Berdasarkan perkongsian di media sosial, individu berkenaan dikenali sebagai Hezry Yasin, didakwa sebagai Pengarah Media Baharu Pemuda PAS Selangor.
Dalam pada itu, Nor Azleen berkata, amalan mendoakan ketua agama dan pemerintah di Johor adalah kunci kesejahteraan dan keamanan negeri serta seluruh rakyat.
"Selepas sekian lama, amalan mendoakan Ketua Agama dan Pemerintah adalah sebahagian daripada rutin yang menjadi praktis di semua masjid dan surau seluruh Johor.
"Bahkan, amalan ini bukan sekadar menjadi rutin setiap kali selepas solat Jumaat, malah ia adalah rutin wajib selepas solat fardu pada setiap waktu di masjid dan surau di seluruh negeri ini," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... -buat-laporan-polis |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|