View: 2964|Reply: 0
|
Marquez dedah punca kemalangan
[Copy link]
|
|
MARQUEZ mendakwa dia hilang kawalan disebabkan masalah brek depan sewaktu GP Americas pada Ahad lalu. – AFP
AUSTIN – Juara dunia enam kali Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), Marc Marquez berjaya memimpin perlumbaan buat kali pertama sewaktu Grand Prix (GP) Americas pada Ahad lalu, tetapi tidak bertahan lama apabila dia hilang kawalan dan jatuh di selekoh 11.
Pelumba Gresini Racing itu menjelaskan dia mengalami kesukaran untuk mengawal brek depan sehingga menyebabkannya terjatuh, sekali gus terpaksa akur menamatkan perlumbaan di Litar Americas, Austin di tempat ke-17.
“Saya menghadapi banyak kesukaran dengan brek depan, tetapi saya masih cuba untuk memimpin perlumbaan. Sehinggalah tiba di selekoh 11 saya terpaksa membrek tiga hingga empat kali sebelum terjatuh.
“Kami berjuang dalam kumpulan teratas dan kami cuba memimpin perlumbaan, tetapi malangnya, perasaan hari ini bukan yang terbaik,” kata Marquez.
Dalam pada itu, beliau juga beberapa kali berusaha memperlahankan jenteranya pada sepuluh pusingan awal untuk mengelak daripada berlanggar dengan pelumba Prima Pramac Racing, Jorge Martin kerana jarak yang terlalu dekat.
“Saya perlu memperlahankan kelajuan dengan banyak supaya tidak terkena Martin,” jelasnya.
Pelumba berusia 31 tahun itu berpendapat bahawa beliau kini berada dalam kedudukan yang baik kerana dua kali berjaya bangkit dalam perlumbaan.
“Jadi rentak, tahap dan kelajuan juga ada. Ini adalah yang paling penting,” tambahnya.
Sebagai rekod, Marquez kini jatuh ke kedudukan kelapan dalam carta keseluruhan pelumba kejuaraan dunia, ketinggalan 44 mata di belakang Martin yang mendahului ketika ini selepas menamatkan GP Americas di tempat keempat. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... h-punca-kemalangan/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|