CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9539|Reply: 0

[Johor] Pekerja kedai makan mengaku rogol teman wanita hingga lahir anak

[Copy link]
Post time 18-4-2024 03:06 PM | Show all posts |Read mode

Cheng Jun dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Muar selepas mengaku merogol teman wanita yang kini sudah melahirkan anak. - NSTP/Alias Abd Rani

MUAR: Pekerja kedai makan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan merogol kenalan bawah umur sehingga melahirkan bayi, di sebuah rumah dalam daerah Batu Pahat, tahun lalu.

Tertuduh, Ong Cheng Jun, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, dibacakan di hadapan Hakim Irwan Suainbon.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol kenalannya berusia 15 tahun ketika kejadian di rumahnya di Batu Pahat sekitar jam 5 petang, Januari tahun lalu.

Bagi kesalahan ini, tertuduh boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebatan.


Berdasarkan laporan polis, kejadian itu disedari seorang guru selepas mendapati berlaku perubahan fizikal terhadapnya.

Guru kemudian mengajukan perkara itu kepada ibu bapa mangsa namun mereka tidak mempercayai sebaliknya menyangka anaknya mengalami masalah kesihatan perut.

Pada 21 Ogos tahun lalu, mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat untuk menjalani pemeriksaan dan doktor mengesahkan dia sudah hamil 23 minggu ketika itu.

Susulan itu, keluarga mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat mengenai kejadian itu.

Bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan tertuduh di Jalan Tanjung Laboh, Batu Pahat pada jam 3 petang, 25 September tahun lalu.

Mangsa dilaporkan sudah berhenti sekolah dan selamat melahirkan bayi lelaki pada Oktober tahun lalu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa pihaknya tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh kerana kesalahan dilakukannya serius.

Setelah meneliti hujahan dan rayuan tertuduh, mahkamah membenarkannya diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Pada masa sama, mahkamah menetapkan 23 April ini untuk sebutan semula kes, laporan sosial, fakta dan juga hukuman terhadap tertuduh.
https://www.bharian.com.my/berit ... a-hingga-lahir-anak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.257001 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list