|
Beberapa kenderaan di hempap pokok akibat ribut serta hujan lebat di perkarangan pasaraya Billion, Taman Yayasan, Segamat lewat petang semalam.
SEGAMAT – Lima kenderaan di kawasan parkir di pekarangan pasaraya Billion, Taman Yayasan, di sini rosak dihempap pokok akibat ribut dan hujan lebat lewat petang semalam.
Video dan gambar kejadian berkenaan tular di media sosial memaparkan kenderaan terbabit dihempap pokok tumbang.
Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Jalan Abdullah, Bandar Segamat, Penolong Penguasa Bomba Muhd Hazim Abdul Razak, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian pokok tumbang di tempat parkir di sebuah pasar raya pada pukul 6.21 petang.
“Setibanya di tempat kejadian, didapati sebatang pokok besar sepanjang kira-kira 13 meter tercabut bongkah akarnya serta tumbang. Pokok berkenaan menghempap lima kenderaan jenis Proton Waja, Proton Wira, Perodua Bezza, Perodua Viva dan Honda CRV.
“Bagaimanapun tiada mangsa terbabit dalam kejadian berkenaan,”katanya ketika dihubungi hari ini.
Tinjauan dilokasi kejadian mendapati beberapa kereta sudah dialihkan dan kelihatan beberapa kenderaan yang rosak lain masih berada di lokasi kejadian.
“Pihak Bomba turut bertindak membuka laluan jalan dengan membantu memotong dan mengalihkan pokok tersebut yang tumbang terkesan ribut.
“Seramai lima anggota serta sebuah jentera dari BBP Bandar Segamat dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... okok-tercabut-akar/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|