CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9503|Reply: 0

[Johor] 7,000 nanas SG1 kali pertama dihantar ke Semenanjung Isnin ini - LPNM

[Copy link]
Post time 20-4-2024 03:37 PM | Show all posts |Read mode

Sebanyak 7,000 nanas SG1 akan dihantar ke Semenanjung Malaysia pada Isnin dalam pemerhatian dan ujian ketahanan buah tersebut. - Foto NSTP/Ihsan LPNM

JOHOR BAHRU: Sebanyak 7,000 nanas varieti Sarawak Gold 1 (SG1) yang ditanam TG Agro Fruit Sdn Bhd di Kampung Sungai Tukau, di Miri, Sarawak buat kali pertama akan dihantar ke Semenanjung pada Isnin ini.

Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Sheikh Umar Bagharib Ali, berkata SG1 seberat 10.5 tan metrik itu akan dimuatkan dalam kontena sejuk beku dengan suhu yang terkawal.

Katanya, perjalanan dijangka mengambil masa 14 hari menerusi jalan air (shipping) sebelum tiba di Pelabuhan Pasir Gudang.

"Pemerhatian serta ujian yang kami lakukan ini sangat penting. Kita akan melihat sejauh mana nanas segar SG1 dapat bertahan menerusi medium penyimpanan sejuk beku pada suhu terkawal.


"Aspek ini seterusnya akan menjadi kayu ukur tahap kebolehpasaran nanas SG1, khususnya bagi tujuan eksport ke luar negara.

"Selepas tiba di Semenanjung, nanas SG1 nanti akan disalurkan ke sektor pemprosesan bagi mengenal pasti kepelbagaian produk hiliran yang berpotensi diterokai," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Kelmarin, Sheikh Umar Bagharib mengadakan lawatan kerja ke ladang tanaman nanas SG1 di Miri Sarawak bersama pasukan LPNM dari Bahagian Pembangunan Pemasaran (BPP) yang diketuai Pengarahnya, Wan Mohd Adiasrol Wan Hussain.

Hadir sama, Pengarah LPNM Negeri Sarawak, Mohammad Suffian Sahmat serta pasukan penyelidik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Menurut Sheikh Umar Bagharib, SG1 merupakan projek rintis nanas varieti baharu dari wilayah Malaysia Timur yang ditanam di Ladang TG Agro Fruit Sdn Bhd sejak awal tahun 2022 lagi.

Katanya, sehingga hari ini nanas SG1 mereka telah mencakupi keluasan sekitar 200 ekar.

"Sejak awal penemuan di Miri dua tahun lalu, LPNM telah memberikan perhatian serius terhadap varieti baharu SG1. Sekurang-kurangnya terdapat tiga keunikan nanas SG1 yang telah dikenal pasti.

"Pertama, saiz pokoknya yang kecil membolehkan ia ditanam secara berkepadatan tinggi (high density) pada kadar minimum 22,000 pokok/ekar. Hal ini membolehkan berlakunya peningkatan produktiviti (yield) SG1.

"Kedua, tempoh matang untuk tuaian buah SG1 adalah lebih singkat iaitu lapan ke sembilan bulan sahaja, berbanding varieti lain yang kebiasaannya mengambil masa setahun dan ke atas. Ini bermakna, nanas SG1 mampu dituai tiga kali dalam tempoh masa dua tahun.

"Ketiga, karakter fizikal buahnya yang 'cylindrical' menjadikan SG1 sangat sesuai untuk tujuan pemprosesan bahkan ideal bagi tujuan eksport segar," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... jung-isnin-ini-lpnm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.481985 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list