View: 2937|Reply: 0
|
F1: Ferrari bimbang kekuatan McLaren
[Copy link]
|
|
LECLERC mengakui penggunaan komponen tayar keras menyebabkan jentera menjadi lebih perlahan dan menyukarkan mereka bersaing. - AFP
SHANGHAI – Pelumba Ferrari, Carlos Sainz mengakui kecewa dengan persembahan pasukan itu di Grand Prix (GP) China selepas gagal menyaingi kekuatan McLaren yang mempamerkan aksi cukup baik untuk menempah podium tempat kedua.
Pada saingan tersebut, Ferrari terpaksa berputih mata untuk berada di podium selepas kedua-dua pemandunya, Charles Leclerc hanya meraih tempat keempat dan Sainz menamatkan perlumbaan di tempat kelima.
Sainz ketinggalan lebih 33 saat di belakang Max Verstappen (Red Bull) yang menjuarai perlumbaan tersebut dan 20 saat di belakang Lando Norris yang berada di podium tempat kedua bersama McLaren.
Ia adalah kali pertama McLaren menamatkan saingan di hadapan kedua-dua pemandu Ferrari dalam perlumbaan 2024 ini.
“Saya fikir hujung minggu ini mereka lebih kuat dan semudah itu berada di podium. Saya rasa McLaren mula menunjukkan mereka mempunyai rentak yang lebih baik daripada kami.
“Jadi, kami layak untuk berada di belakang mereka (McLaren). Kami perlu mula melakukan yang lebih baik pada masa akan datang,” kata Sainz yang bergelut di selekoh pertama.
Dalam pada itu, Charles Leclerc mengakui keputusan menggunakan komponen tayar keras terus merosakkan peluang mereka untuk pergi lebih laju.
“Saya fikir kami cukup yakin bahawa rentak perlumbaan kami sangat kuat, tetapi segalanya berubah apabila komponen tayar keras digunakan kerana jentera jauh lebih perlahan daripada apa yang kami jangkakan,” ujarnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... g-kekuatan-mclaren/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|