CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5281|Reply: 0

[Kelantan] Kenderaan klon, RXZ paling banyak dirampas di Sungai Golok

[Copy link]
Post time 23-4-2024 03:43 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN

Kota Bharu: Kenderaan klon dan motosikal Yamaha RXZ direkodkan sebagai rampasan tertinggi dilakukan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan ke atas barangan seludup ke dalam negara melalui pangkalan haram sepanjang Sungai Golok sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam Penguatkuasaan dan Pematuhan JKDM, Datuk Sazali Mohamad berkata, pelbagai barangan seludup berjumlah hampir RM6.8 juta termasuk nilai cukai dirampas sepanjang tempoh berkenaan.

Katanya, hasil rampasan itu, sebanyak 272 kertas siasatan dibuka dan rampasan terbesar direkodkan dari kenderaan klon dan motosikal Yamaha RXZ membabitkan nilai termasuk cukai berjumlah RM784,738.

"Rampasan kedua tertinggi membabitkan rokok seludup dengan nilai serta cukai berjumlah RM418,735.79 dan kompaun yang dikeluarkan sehingga Mac lalu adalah berjumlah RM213,110 atas pelbagai kesalahan penyeludupan yang dilakukan," katanya ketika sidang media di sini, hari ini.


Sazali berkata, permintaan yang tinggi dari pembeli serta harga rendah yang ditawarkan mencecah 30 peratus dari harga semasa menjadi faktor utama kegiatan penyeludupan kenderaan klon berleluasa.

Menurutnya lagi, selain dari harga murah, jenis model juga menjadi tarikan pembeli kepada kenderaan klon yang kebanyakannya diseludup masuk ke negara ini dari Singapura.

Terdahulu beliau yang diiringi Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long hadir pada majlis sambutan Aidilfitri anjuran JKDM negeri di sini.

Mengulas lanjut, dari segi kegiatan penyeludupan di negeri ini, Sazali berkata, mungkin berlaku peningkatan lebih-lebih lagi pada musim kemarau kerana Sungai Golok menjadi cetek.

"Tidak dinafikan dengan jarak sempadan Sungai Golok sejauh 106 kilometer, penugasan agak terhad namun JKDM dengan keanggotaan seramai 500 orang sentiasa membantu agensi lain yang lebih utama dalam menjaga sempadan negara.

"Kami mengenal pasti kira-kira 140 pangkalan haram terdapat di sepanjang 106 kilometer Sungai Golok dan secara puratanya setiap kilometer terdapat satu pangkalan haram.

"Kita memerlukan kerjasama semua pihak termasuk rakyat supaya jangan mengambil kesempatan dengan situasi semasa Sungai Golok yang cetek untuk menjalankan kegiatan yang menyalahi undang-undang," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pas-di-sungai-golok

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 03:26 PM GMT+8 , Processed in 0.561703 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list