CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1265|Reply: 0

[Johor] Berat ujian, hilang 2 menantu dalam masa terdekat

[Copy link]
Post time 25-4-2024 01:08 PM | Show all posts |Read mode

Marmini Giman ketika ditemui malam tadi. FOTO Alias Abd Rani

Muar: Kesedihan dilalui belum lagi terubat selepas kehilangan menantu empat bulan lalu, Marmini Giman sekali lagi uji dengan situasi sama susulan pemergian seorang lagi menantu dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), kelmarin.

Marmini, 64, adalah ibu mentua kepada Pegawai Pemerintah Skuadron 502, Allahyarham Muhamad Amir Mohamad, menempuh ujian berat ketika ini selepas kehilangan dua insan tersayang hanya dalam tempoh singkat.

Ibu tunggal yang menghidap angin ahmar dengan sebahagian tubuh kanannya tidak boleh bergerak, hanya mampu berserah pada Allah untuk mendapat kekuatan bagi menempuh ujian ini.

"Hanya Allah yang tahu perasaan saya ketika ini, saya tidak terdaya untuk melawan takdir. Disember tahun lalu, menantu Mohd Faizal (Idris) meninggal dunia akibat kanser tulang.


"Bulan ini, Amir (nama panggilan Allahyarham) pula. Saya sudah tidak kuat untuk menghadapinya namun, anak banyak memberi semangat supaya saya terus tabah," katanya ketika ditemui pada pengebumian Allahyarham Muhamad Amir di Felcra Bukit Kepong di sini, malam tadi.

Warga emas itu dilihat berjalan dalam keadaan lemah longlai sambil bertongkat, dengan berzikir 'Subahallah' tidak henti-henti keluar dari mulutnya ketika menuju ke tempat jenazah disembahyangkan untuk tatapan terakhir.

Dalam pada itu, Marmini memberitahu, kali terakhir dia bertemu arwah menantunya ketika mereka sekeluarga menyambut Hari Keluarga sepupunya di Parit Yaani, Batu Pahat.

Katanya, Allahyarham bersama isteri, Marliyati Basri, 40, membawanya menghadiri sambutan itu sebelum berangkat pulang ke Perak.

"Sebelum Aidilfitri, arwah Amir ada pulang ke rumah saya di Felda Redong, Segamat untuk berbuka puasa bersama.

"Dia beritahu isteri teringin nak berbuka dengan saya. Saya cakaplah datanglah ke rumah kita boleh berbuka bersama-sama.

"Sebelum pulang ke Perak, dia sempat bersalam, mohon maaf namun saya tidak nampak perkara pelik berlaku ke atasnya, sehingga dimaklumkan anak (isteri Allahyarham) yang menantu sudah tiada.

"Marliyati beberapa kali menyebut 'abang Amir' sudah tiada, waktu itu saya bersama anak dalam perjalanan ke rumah besan di Kesang, Tangkak, saya hanya mampu menangis,' katanya.

Jenazah Muhamad Amir selamat disemadikan mengikut istiadat ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Felcra Bukit Kepong, di sini jam 12.07 tengah malam tadi.

Sebelum itu, jenazah dibawa ke Masjid Al Muqorrobin dengan upacara solat jenazah disertai lebih 500 orang termasuk penduduk Felcra terbabit.

Turut hadir pada upacara itu ialah ibu, Napsiah Ahmad, bapa Mohamad Dorak, isteri dan juga tiga anak Allahyarham berusia empat, 13 dan 16 tahun.

Muhamad Amir antara 10 anggota TLDM yang terbunuh selepas dua helikopter bertembung dalam kejadian di Kem TLDM Lumut, Perak, Selasa lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dalam-masa-terdekat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.154641 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list