CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: chubbyza

Pernah dgr Hotel Kosma x?

[Copy link]
Post time 16-1-2012 12:00 PM | Show all posts
Reply  dr.R

bnyk jer budget hotel dlm bandar kuantan.  klu hari biasa x ada mslh nak walk in tp  ...
azzira Post at 16-1-2012 11:52


Terima kasih ye info kamu berikan, aku berhadap sangat kalau kamu ada masa boleh tolong aku carikan hotel-hotel di Kuantan dengan bajet rm100 dan ke bawah. Aku boleh kata seorang pengambara separuh masa (sebab hanya aktif di hujung minggu) juga tapi aku tidak selesa tinggal di guest house sebab ada pengalaman yang tidak menarik, kadang kala masalah bajet memang punca utama membantutkan minat aku. Boleh baca pengalaman aku di Bod Pelancongan http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=526945

Taun lepas aku banyak pergi sekitar Melaka, Perak dan Pulau Pinang, aku juga bukan minat tinggal di hotel sama tapi kadang kala tu terpaksa contoh macam di Kuantan ni sebab tak banyak pilihan (pembelian online tawarkan pilihan hotel yang limited). Boleh baca pengalaman aku mengenai hotel di Melaka juga, sebab aku memang suka memberikan ulasan mengenai hotel yang aku menginap. http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=506047&extra=&page=1
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2012 01:03 PM | Show all posts
Reply 21# dr.R

seronok baca pengalaman kamu tido dlm kereta. as for me, mmg suka berjalan-jalan mcm tu, so far klu dlm m'sia ni cuma sabah dan labuan yg belum pergi lagi. selalunya saya akan buka map sebelum membuat satu2 trip. saya suka pergi ke tempat yang nama nya pelik atau jarang di dengar. saya dan kwn2 pernah tido di stesen keretapi, wakaf di tepi pantai atau camping. klu tido hotel pun mmg cari yg murah2. dulu masa berjalan 5h4m ke kelantan dan trengganu kita orang dpt bilik yg harganya bwh RM50 utk 1 mlm.  mmg seronok bercuti ke sana...

klu dlm bandar kuantan, ada beberapa hotel spt : LA Hotel, Classic Hotel, CitiLite Hotel, Crystal Citi Hotel dll. bnyk ler saya pun dah lupa nama...dulu ada satu link utk tngok hotel2 bajet ni tapi bila saya check tadi dah hilang ler pulak.  bila kamu nak ke kuantan, klu berkesempatan nnt saya tlg carikan...



p/s : katanya selalu ke kuantan...tak kan x merayau + cari hotel2 murah kt sana...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 11:48 AM | Show all posts
Reply  dr.R

seronok baca pengalaman kamu tido dlm kereta. as for me, mmg suka berjalan-jalan mcm ...
azzira Post at 16-1-2012 13:03


Terima kasih tapi sekarang minat tu terhenti seketika, sebab rakan sama minat dah berkahwin jadi dalam proses mencari kenalan lain yang sama minat. Aku pula tahun lepas dah pergi ke Sabah 5D4N di Sabah melancong mengunakan van dan feri, tapi lokasi hanya terhad di sebelah Pantai Barat Sabah saja sebab kekangan masa dan perbelanjaan. Tahun ini merancang untuk menejejak kawasan Pantai Timur Sabah pula, dengarnya di sana sedikit mencabar sebab jalanraya dan faktor keselamatan.

Untuk minggu depan dah rancang akan menginap dalam kereta sehari hari sabtu, ahad pula menginap di Classic Hotel Kuantan harga rm99 untuk semalam berserta buffet sarapan pagi termasuk cukai http://www.agoda.com.my/asia/mal ... _hotel_kuantan.html (Agoda). Isnin pula hotel bajet Grand City Hotel, harganya rm99 juga untuk katil berkembar tapi tak termasuk sarapan pagi http://www.agoda.com.my/asia/mal ... _hotel_kuantan.html (Agoda).

Memang selalu pergi Kuantan tapi jarang berkeliaran di bandar, selalu memandu jauh sampiai ke Temerloh, Pekan, Gambang dan Chukai di siang hari, malam barulah sampai di Kuantan sebab jadual dan di atur terlebih dahulu. Kalau ada masa boleh la kongsikan dengan aku apa tempat menarik, tempat makan, tempat beriadah yang menarik aku perlu cuba. Setakat ini aku suka tengok penyu menetas di Cherating tu, tempat makan banyak juga dah jejak tapi kali ni nak rancang betul sebab nak berkeliaran di sekitar Kuantan dan Cherating saja.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 11:52 AM | Show all posts
Reply  dr.R

seronok baca pengalaman kamu tido dlm kereta. as for me, mmg suka berjalan-jalan mcm ...
azzira Post at 16-1-2012 13:03


Terpaksa beli melalui Agoda.Com juga, disebabkan banyak hotel yang diberikan dah penuh untuk minggu depan termasuk Hotel Kosma ni. Belum ada rezeki, mungkin untuk trip yang kedua cuba booking sedari awal supaya tak kecewa. Tapi harga untuk bukan kakitangan kerajaan berapa ye untuk 1 bilik di Kosma ni? sebab aku perhatikan tertulis rm55 tapi aku pernah terbaca kata tu harga untuk kakitangan kerajaan saja?.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 12:27 PM | Show all posts
Reply 23# dr.R

klu kamu sukakan alam semulajadi, saya cadangkan kamu ke sungai Lembing, itu pun klu jalan tak tutup sbb banjir. klu suka mendaki, boleh cuba naik bukit panorama, disana ada beberapa lokasi perkelahan tp kena naik 4WD. sampai sana cuba cari mee jawa yang femes. pernah pergi pekan ikut tanjung lumpur ? sepanjang perjalanan ada bnyk kedai2 makan yg menarik. contohnya gerai mok na, yg menjual kuih muih tempatan dan makanan spt laksam & nasi dagang. ada juga warung nasi dagang kt kg ubai...nasi dagang di situ mmg sedap.

beserah dan sg ular antara perkampungan nelayan tradisi yg masih wujud di kuantan. di beserah, cari mee calong. boleh juga cuba rojak ayam dan abc atau laici kang di tepi pantai batu hitam. pantai di taman gelora pun cantik...nnt sy cuba kongsi kan gambar2 yg pernah saya ambil...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.043033 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list