CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4314|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Pantai PD kini jadi pusat penyu bertelur

[Copy link]
Post time 30-4-2024 11:45 AM | Show all posts |Read mode

Hishamudin menunjukkan telur penyu agar yang ditemui di Pantai Bagan Pinang, Port Dickson. NSTP/MOHD KHIDIR ZAKARIA

PORT DICKSON: Pusat rekreasi Port Dickson bukan lagi sekadar pantai untuk beriadah, tetapi sudah menjadi lokasi penyu bertelur susulan penemuan lebih 270 biji telur penyu karah dan penyu agar baru-baru ini.

Pengurus Pusat Pemuliharaan Penyu di Glory Beach Resort, Hishamudin Abd Manap, berkata sejak kebelakangan ini, pemandangan penyu bertelur di pantai Port Dickson sudah menjadi perkara biasa, berbanding sebelum ini yang dianggap sesuatu yang jarang berlaku.

Beliau berkata, banyak lokasi dikesan menjadi pendaratan penyu di sekitar pantai terutama membabitkan penyu karah dan penyu agar.

"Banyak penyu karah naik ke pantai Port Dickson untuk bertelur, tetapi ada juga penyu agar dengan penemuan terbaru satu sarang telurnya di kawasan tumpuan ramai di Pantai Bagan Pinang baru-baru ini.


"Bagaimanapun, agak pelik kerana lokasi penyu itu bertelur tidak jauh dari sebuah restoran terkenal di situ, sedangkan biasanya penyu akan mendarat dan bertelur di kawasan sunyi," katanya.

Hishamudin berkata, pada Jumaat lalu pula, dia menjumpai sarang telur penyu karah sebanyak 159 biji di Pantai Tanjung Gemok, manakala 117 biji lagi telur penyu agar ditemui di Pantai Bagan Pinang.

"Telur penyu agar ini dikeluarkan untuk dieramkan semula di Tempat Penetasan Semula di lokasi disediakan di Glory Beach Resort.

"Penemuan 117 biji telur penyu agar ini menunjukkan pantai Port Dickson juga sesuai untuk pendaratan kedua-dua jenis penyu ini yang kerap naik dan bertelur di sekitar pantai di sini," katanya.

Susulan itu, Hishamudin berkata, pengunjung yang datang beriadah ke pantai Port Dickson diharap tidak memasang khemah di tempat yang tidak dibenarkan bagi membolehkan penyu naik dan bertelur di situ.

"Penyu adalah binatang sensitif kepada sebarang gangguan seperti lampu dipasang oleh mereka yang berkhemah dan ia lebih selesa naik untuk bertelur di kawasan gelap.

"Jadi, saya berharap pengunjung yang datang ke pantai di sekitar Port Dickson supaya lebih berdisiplin dan beriadah di lokasi yang digazetkan saja oleh Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD)," katanya.

Beliau berkata, Port Dickson akan popular bukan saja sebagai tempat beriadah, tetapi juga lokasi pendaratan penyu bertelur dan usaha mempromosikan tarikan pelancongan itu akan diteruskan selepas ini.
https://www.bharian.com.my/berit ... usat-penyu-bertelur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.040889 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list