CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11560|Reply: 0

Parasit dalam PDRM tidak akan dilindungi

[Copy link]
Post time 30-4-2024 05:21 PM | Show all posts |Read mode

Jauteh (tengah) menyaksikan Mohd Zaidi (kiri) menyerahkan tongkat kuasa kepada kasim sebagai simbolik penyerahan tugas Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu di Dewan Serbaguna IPD Kota Kinabalu.

Kota Kinabalu: Polis Sabah tidak akan memberi perlindungan kepada pegawai atau anggota yang melakukan kesalahan atau melanggar integriti sebagai pihak berkuasa.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, kewujudan anggota dan pegawai yang disifatkan sebagai parasit itu boleh menjejaskan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) selaku pasukan keselamatan yang bertanggungjawab untuk melindungi masyarakat.

Katanya, parasit dalam kalangan pegawai serta anggota ini tidaklah ramai tetapi akan menimbulkan masalah dalam organisasi polis.

"Semestinya memberikan masalah berikutan ia tidak disebut sebagai individu tetapi sebaliknya dirujuk sebagai polis.


"Kita tidak mahu perkara ini berlaku dalam PDRM khasnya Kontinjen Sabah dan sekiranya ada kesalahan dikesan, kita tidak akan bertolak ansur serta melindungi pesalah itu dan akan mengambil tindakan tegas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, di sini, hari ini.

Majlis berkenaan menyaksikan Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah menyerahkan jawatan Ketua Polis Daerah kepada Asisten Komisioner Kasim Muda.

Jauteh berkata, semua pegawai dan anggota yang bersalah akan disiasat sepenuhnya mengikut jenayah yang dilakukan tanpa kompromi.

Katanya, tindakan parasit dalam PDRM iaitu anggota polis yang menyalahi undang-undang termasuk melindungi penjenayah tidak ada bezanya dengan penjenayah di luar.

"Peringatan ini sudah diberikan berkali-kali, terutama apabila adanya operasi berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI), operasi pencegahan, ada anggota yang cuba mengambil kesempatan.

"Begitu juga dengan unit kereta peronda (MPV), bersihkan persepsi masyarakat terhadap MPV.

"Hari ini saya sudah ingatkan untuk tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai serta anggota," katanya.

Jauteh berkata, pihaknya sudah mengenal pasti suspek dan sekiranya ditangkap, teruskan siasatan setimpal dengan kesalahan.

Malah katanya, beberapa pesalah sudah berada di dalam lokap dan berharap jangan ada yang seterusnya.

Dalam pada itu, Jauteh juga mengingatkan pegawai serta anggotanya supaya tidak mengamalkan 3R (agama, kaum, diraja) dalam organisasi di Kontinjen Sabah.

Katanya, isu berkenaan dilihat semakin berleluasa di dalam organisasi pada masa kini termasuklah memberikan maklumat dalaman kepada pihak yang tidak berdaftar.

"Pihak yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) atau mana-mana pertubuhan yang boleh kucar-kacirkan PDRM sendiri," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dak-akan-dilindungi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.038809 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list