|
FOTO HIASAN
Muar: Tukang rumah didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan merogol anak perempuan kenalannya di Yong Peng, Batu Pahat, bulan ini.
Tertuduh, Muhammad Zarul Hashimme Md Nordan@Nordin, 24, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang masih bujang didakwa merogol mangsa berusia 12 tahun di sebuah rumah di Yong Peng, Batu Pahat, jam 5 petang sekitar bulan ini.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebatan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Arif Marzuki, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian menetapkan 8 Mei ini untuk fakta kes serta hukuman.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -rogol-anak-kenalan |
|