View: 622|Reply: 0
|
Impian ke Olimpik belum terpadam
[Copy link]
|
|
NDONESIA akan berdepan Guinea untuk playoff ke Sukan Olimpik Paris 2024 minggu depan. - AFP
DOHA – Ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) Indonesia, Shin Tae-yong menyeru barisan pemainnya untuk fokus mengharungi aksi playoff ke temasya Sukan Olimpik 2024 menentang wakil Afrika, Guinea di Paris, Perancis pada 9 Mei depan.
Harapan skuad Garuda Muda untuk mencipta sejarah layak ke pentas Olimpik secara automatik tidak kesampaian apabila tewas 1-2 kepada Iraq dalam aksi penentuan tempat ketiga Piala Asia B-23 2024 di Doha, Qatar awal pagi semalam.
Kata Shin Tae-yong, tumpuan kini terarah memastikan impian untuk layak ke temasya sukan terbesar dunia buat kali pertama sejak edisi 1956 dapat direalisasikan dengan menewaskan Guinea nanti.
“Kami telah mengharungi kejohanan yang cukup panjang tetapi perjuangan tidak terhenti setakat ini. Masih ada satu perlawanan yang perlu diharungi pada aksi playoff minggu depan.
“Pasukan diberikan rehat dua hingga tiga hari untuk proses pemulihan dan selepas itu barulah perjuangan dimulakan kembali dalam memastikan impian layak ke Olimpik menjadi kenyataan,” katanya.
Mengulas mengenai kekalahan kepada Iraq, pengendali dari Korea Selatan itu mengakui pasukan lawan lebih berpengalaman selain memiliki kualiti individu yang lebih baik.
“Saya rasa Iraq layak untuk menang dan pada aksi kali ini, kami bermain di bawah tahap sebenar. Selain itu, saya anggap pemain-pemain utama sudah kepenatan kerana kami gunakan kesebelasan yang sama pada semua perlawanan.
“Situasi berbeza dengan Iraq kerana memiliki kualiti pemain yang setara, tidak kira kesebelasan utama ataupun tonggak simpanan,” katanya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... pik-belum-terpadam/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|