View: 4602|Reply: 0
|
[Johor]
Peniaga makanan didakwa rogol budak dalam kereta
[Copy link]
|
|
Aliff dibawa keluar dari Mahkamah Majistret selepas mengaku tidak bersalah merogol kenalan dalam kereta. FOTO Alias Abd Rani
Muar: Peniaga makanan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tiga pertuduhan merogol kenalan dalam kereta di bandar ini, di sini, Mac dan April lalu.
Tertuduh, Muhammad Aliff Sukiman, 23, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas ketiga-tiga pertuduhan dibaca oleh jurubahasa di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid.
Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun sembilan bulan dalam sebuah kereta yang diparkir tepi Jalan Tengku Bendahara, jam 8.30 malam, 13 Mac lalu.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga pula, dia sekali lagi melakukan perkara sama terhadap mangsa dalam kereta yang diparkir di halaman rumahnya, dalam daerah ini pada jam 9.30 malam dan 1.30 pagi, 27 Mac dan 1 April lalu.
Untuk ketiga-tiga pertuduhan ini, dia dakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang mana dia boleh penjara tidak melebihi 20 tahun dan juga sebatan.
Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir sementara tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan esok untuk permohonan ikat jamin serta lantikan peguam tertuduh.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -budak-dalam-kereta |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|