View: 5816|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Lelaki bebas tuduhan rogol, lakukan persetubuhan luar tabii kanak-kanak
[Copy link]
|
|
MOHD Zairil kekal dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii. FOTO Azrul Edham.
Seremban: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang membebaskan dan melepaskan lelaki daripada tuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, lima tahun lalu.
Hakim Datuk Rohani Ismail membuat keputusan itu selepas meneliti dan menimbang hujahan kedua-dua belah pihak.
"Saya putuskan rayuan perayu (pendakwaan) ditolak. Justeru keputusan diberi Mahkamah Seksyen pada 23 Oktober lalu dikekalkan.
"Saya berpuas hati dengan dapatan Mahkamah Sesyen dan tiada alasan mengubah dapatan tersebut," katanya.
Berdasarkan pertuduhan, Mohd Zairil Mohd Zin, 51, yang bekerja sebagai jurugegas di sebuah syarikat utiliti didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di sebuah rumah di Jelebu pada 21 hingga 22 Mac 2019.
Berikutan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan kesalahan yang bertentangan dengan aturan luar tabii kanak-kanak perempuan berkenaan di Lokasi dan tarikh sama.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Ketika ditemui di luar mahkamah, Mohd Zairil meluahkan rasa syukur atas keputusan berkenaan sekali gus dapat membersihkan namanya.
Seramai 14 orang saksi memberi keterangan di mahkamah sepanjang perbicaraan bermula pada April 2019.
Tertuduh diwakili peguam Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris, manakala prosiding hari ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ala'udin Baharom.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... r-tabii-kanak-kanak |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|