View: 2922|Reply: 0
|
Red Bull 'sapu' 220 kakitangan Mercedes
[Copy link]
|
|
HORNER tidak mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kekuatan krew. FOTO AFP
London: Red Bull dijangka bakal kehilangan beberapa individu penting yang bersedia untuk meninggalkan pasukan berpangkalan di Milton Keynes itu.
Bagaimanapun, Prinsipal pasukan Red Bull, Christian Horner menafikan spekulasi itu dan mengakui bahawa mereka sudah 'mencuri' 220 kakitangan baharu dari seterunya, Mercedes.
Sebelum ini, Red Bull sah kehilangan orang kanannya, ketua teknikal, Adrian Newey selepas legenda Formula Satu (F1) itu dikatakan kurang senang sejak Horner dituduh melakukan gangguan seksual serta kelakuan tidak wajar terhadap pekerja wanita.
"Saya tidak tahu berapa ramai orang yang kami ambil bekerja daripada McLaren tahun ini.
"Kami juga membawa 220 orang, 220 daripada HPP (Pelatih Berprestasi Tinggi Mercedes AMG) ke dalam Red Bull Powertrains.
"Jadi, apabila kita bercakap mengenai kehilangan orang, saya akan lebih bimbang tentang 220 daripada mungkin kehilangan satu atau dua orang selepas ini.
"Saya tidak mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kekuatan (kru pasukan) kerana sudah tentu, akan sentiasa ada perubahan antara pasukan," tegas Horner.
Difahamkan, Red Bull ketika ini melanjutkan kontrak beberapa individu penting termasuk ketua aerodinamik, Enrico Balbo dan ketua kejuruteraan prestasi, Ben Waterhouse.
Ketika ini, Red Bull juga sedang mengalihkan tumpuan mereka kepada pembangunan enjin mereka sendiri selepas F1 akan memperkenalkan peraturan baharu menjelang musim 2026 nanti.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... kakitangan-mercedes |
|
|
|
|
|
|
| |
|