View: 3355|Reply: 0
|
Marquez intai kejuaraan MotoGP Perancis
[Copy link]
|
|
Marc Marquez muncul naib juara pada kejuaraan MotoGP Sepanyol di Jerez hujung bulan lalu. – Foto motogp.com
LE MANS, Perancis: Marc Marquez bersiap sedia menghadapi MotoGP Perancis hujung minggu ini dengan penuh keyakinan selepas persembahan mengagumkan di Sepanyol apabila dia berakhir di tangga kedua selepas pertarungan sengit dengan juara bertahan dua kali Francesco Bagnaia.
Bagaimanapun, penunggang berusia 31 tahun itu enggan bercakap mengenai peluangnya untuk merangkul kejuaraan dunia buat kali ketujuh.
Dibelenggu kecederaan dan kemudian masalah penglihatan dalam beberapa tahun terakhir menyebabkan sesetengah orang berpendapat karier gemilangnya sudah berlalu.
Bagaimanapun bagi Marquez, cara dia meraih petak utama pertamanya dan kemudian mengheret Bagnaia hingga ke garisan penamat di Jerez dengan jentera satelit Ducati-Gresini satu lagi langkah untuk kembali ke puncak.
Ia penamat terbaik buatnya selepas turut berakhir sebagai naib juara pada MotoGP Australia pada Oktober 2022.
"Saya menang, dari segi perancangan saya, laluan yang terfikir dalam fikiran saya dan saya semakin bagus dan bagus," kata Marquez.
"Kini saya mesti mengekalkan tahap konsisten saya daripada beberapa perlumbaan terakhir."
Marquez, yang mana kemenangan ke-59 dan terakhir hadir pada Grand Prix Emilia-Romagna pada Oktober 2021, hanya ketinggalan 32 mata di belakang pendahulu kejuaraan Jorge Martin selepas empat perlumbaan.
Bagaimanapun, dia enggan dikaitkan dengan sebarang percakapan sebagai pencabar kejuaraan.
"Bagi saya, ia terlalu awal," katanya. "Bukanlah ia bermakna saya tidak mahu memenangi kejuaraan, tetapi ia terlalu awal untuk memikirkannya kerana saya tahu dan saya sudah faham, saya akan berdepan banyak masalah di beberapa litar.
"Kita akan lihat, tetapi buat masa ini adalah perlu untuk mengambil pendekatan sebegini menjelang satu-satu perlumbaan." – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... aan-motogp-perancis |
|
|
|
|
|
|
| |
|