CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 868|Reply: 0

[Tempatan] 4 kampung di Sik dilanda banjir kilat

[Copy link]
Post time 11-5-2024 03:27 PM | Show all posts |Read mode
Anggota APM Sik melakukan pemantauan di kawasan dilanda banjir kilat susulan hujan lebat hampir satu jam. - Foto ihsan APM





SIK: Hujan lebat hampir satu jam menyebabkan empat kampung di daerah ini dilanda banjir kilat hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sik, Leftenan (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah, berkata kejadian itu membabitkan Kampung Lalang, Kampung Lubuk Tualang, Kampung Bendang Man dan Kampung Jerai.

Beliau berkata, hujan lebat bermula sejak jam 8.30 pagi di hulu Mukim Sik menyebabkan kawasan itu dinaiki air dengan cepat sehingga 0.9 meter.

"Berikutan itu, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sik melakukan pemantauan paras air di Sungai Chepir pada jam 9.30 pagi tadi dan mendapati beberapa kampung sudah pun dinaiki air.

"Sungai Charuk Tebal di Kampung Lalang dan Kampung Lubuk Tualang berada pada paras bahaya namun air sudah sedikit surut pada jam 10 pagi," katanya hari ini.

Haisul Aishah berkata, hasil pemantauan di Sungai Chepir di Kampung Bendang Man turut menunjukkan paras bahaya, namun kini mulai surut.

Beliau berkata, jika berlaku pertembungan air Sungai Chepir dan air Sungai Charuk Tebal di Kampung Jerai, ia berpotensi boleh menyebabkan banjir lebih teruk di kampung berkenaan dan sekitarnya.

"Setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah ini dan pemantauan masih dilakukan bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin," katanya.

Haisul Aishah turut menasihatkan penduduk di kawasan hilir Sungai Chepir supaya melakukan persediaan untuk berpindah ke kawasan tinggi jika paras air terus meningkat terutama di Kampung Jerai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.433001 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list