PEMAIN Al Hilal meraikan kejayaan menjuarai liga. FOTO AFP
Riyadh: Al Hilal yang belum tewas memenangi kejuaraan Liga Pro Arab Saudi ke-19 dengan kemenangan 4-1 ke atas Al Hazem untuk merampas kembali trofi daripada Al Ittihad yang memenanginya musim lalu.
Pasukan bimbingan Jorge Jesus mempunyai kelebihan 12 mata berbanding Al Nassr yang menampilkan Cristiano Ronaldo.
Al Nassr berada di tempat kedua dengan baki tiga perlawanan.
Aleksandar Mitrovic memberikan Al Hilal gol pendahuluan menerusi sepakan penalti selepas 15 minit tetapi Faiz Selemani menjaringkan gol penyamaan untuk Al Hazem pada minit ke-34.
Bagaimanapun, pasukan bimbingan Jesus mendahului sekali lagi berada di depan dengan jaringan sendiri daripada Ahmed Al Juwaid pada minit ke-39.
Mitrovic meledak gol sekali lagi pada masa kecederaan separuh masa pertama dan Sergej Milinkovic-Savic menjaringkan gol tiga minit kemudian untuk menjadikan kedudukan 4-1.