View: 6961|Reply: 1
|
Norris bakal gugat Verstappen lagi
[Copy link]
|
|
LANDO Norris ketika meraikan kejayaannya muncul juara di Miami bersama rakan sepasukannya. FOTO AFP
Imola: Peminat McLaren pastinya berharap pemenang perlumbaan di Miami, Lando Norris dan rakan sepasukannya, Oscar Piastri, sekali lagi dapat mencabar Red Bull dan Max Verstappen, serta Ferrari, apabila saingan Formula Satu (F1) di Eropah bermula di Imola hujung minggu ini.
Kemenangan pertama yang sudah lama ditunggu-tunggu oleh Norris memberi amaran kepada juara dunia tiga kali, Verstappen bahawa dia akan berdepan tugas lebih sukar pada baki saingan musim ini.
Walaupun Imola sering didominasi Ferrari, McLaren juga mempunyai rekod cemerlang pada masa lalu.
Legenda Brazil, Ayrton Senna, yang memenangi tiga gelaran juara dunia bersama McLaren dan meninggal dunia di Imola 30 tahun lalu ketika mewakili Williams, memiliki rekod cemerlang bermula di petak pertama sebanyak lapan kali dan meraih kemenangan tiga kali.
"Saya ke Imola selaku pemenang, yang mana ia amat bagus," kata Norris mengenai salah satu litar kegemarannya.
"Kini kami akan memberi fokus sepenuhnya pada perlumbaan seterusnya dan bagaimana kami boleh meningkatkan lagi prestasi," katanya lagi.
Piastri akan berlumba di litar berhampiran Bologna itu buat kali pertama tetapi dengan pakej lebih baik yang hanya ada pada Norris di Miami.
Verstappen sudah memenangi dua perlumbaan terakhir di Imola, dengan edisi 2023 dibatalkan kerana banjir di kawasan berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... gat-verstappen-lagi |
|
|
|
|
|
|
| |
|