CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3671|Reply: 0

[Johor] KPDN serbu premis sorok barangan tiruan berjenama

[Copy link]
Post time 18-5-2024 02:00 PM | Show all posts |Read mode

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyerbu tiga kediaman berhampiran surau di di Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh yang dijadikan stor simpanan pakaian tiruan. FOTO IHSAN KPDN

Sungai Buloh: Jadikan tiga rumah berdekatan surau di Kampung Kubu Gajah, di sini, sebagai stor simpanan pelbagai jenis pakaian tiruan. Itu taktik dilakukan peniaga bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam berkata, pihaknya yang menerima aduan daripada wakil pemilik cap dagang kemudian menjalankan serbuan ke tiga kediaman itu dan salah satunya berdekatan dengan surau pada 15 Mei lalu.

Menurutnya, operasi dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Putrajaya itu hasil aduan diterima pihak wakil pemilik cap dagangan berdaftar yang berkaitan serta risikan awal dilakukan KPDN.

"Hasil maklumat awal diperolehi, kesemua rumah ini disyaki dijadikan stor untuk menyimpan kesemua pakaian terbabit sebelum dipasarkan secara borong dan runcit selain dijual di pasar pagi dan pasar malam sekitar Lembah Klang, Perak dan Pahang.

"Hasil pemeriksaan lanjut ke atas semua premis terbabit, pasukan serbuan menemukan sejumlah 17,320 helai pelbagai jenis pakaian seperti jersi, seluar

dan baju jenama terkenal yang disyaki dipakaikan cap dagangan secara salah mengikut Akta Cap Dagangan 2019 [Akta 815]," katanya dalam kenyataan hari ini.

Azman berkata, kesemua pakaian terbabit bersama beberapa dokumen perniagaan lain disita bagi tujuan siasatan dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM254,950.

"Pasukan serbuan bertindak menahan seorang wanita yang mengaku bertanggungjawab ke atas premis terbabit berusia 33 tahun untuk membantu siasatan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta 815 ini.

"KPDN ingin memberikan peringatan serta amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak melakukan aktiviti menjual barangan yang tidak mendapat kelulusanatau kebenaran pemilik cap dagangan berdaftar yang sah kerana ia adalah suatu kesalahan yang serius," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-tiruan-berjenama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.661216 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list