View: 2935|Reply: 1
|
Verstappen menyamai rekod Senna
[Copy link]
|
|
VERSTAPPEN sekali lagi memulakan perlumbaan di petak utama. FOTO Reuters
Imola: Max Verstappen dari Red Bull menyamai rekod Ayrton Senna dengan meraih petak utama lapan kali berturut-turut apabila dia mencatat pusingan terpantas dalam kelayakan Grand Prix (GP) Emilia Romagna di Imola sebentar tadi
Pencapaian Senna dilakukan pada 1988/89 bersama McLaren dan Verstappen, juga juara dunia tiga kali Formula Satu (F1), memulakan rentetannya di Abu Dhabi pada penghujung musim lalu dan masih belum terlepas peluang meraih petak utama pada 2024.
Pemandu McLaren, Oscar Piastri menyertai pemandu Belanda itu di barisan hadapan, dengan steward menyiasat pemandu Australia itu untuk kemungkinan melakukan halangan dalam fasa pertama kelayakan.
Lando Norris, pemenang perlumbaan sebelumnya di Miami, menduduki petak ketiga untuk McLaren dengan pemandu Ferrari, Charles Leclerc melengkapkan barisan kedua di laman sendiri pasukan Itali itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... enyamai-rekod-senna |
|
|
|
|
|
|
| |
|