CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7380|Reply: 0

[Dunia] Kerjasama Malaysia-Uzbekistan tawar potensi amat besar - Anwar

[Copy link]
Post time 19-5-2024 10:24 AM | Show all posts |Read mode
Anwar menjawab soalan daripada ahli perniagaan sempena Forum Perniagaan Uzbekistan-Malaysia di Kompleks Pelancongan Laluan Sutera Samarkand. - BERNAMA



SAMARKAND: Kerjasama antara Malaysia dan Uzbekistan menawarkan potensi amat besar yang boleh mentransformasi dan memodenkan pembangunan ekonomi kedua-dua negara serta menarik pelaburan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Beliau berkata, Malaysia, sejak satu setengah tahun lepas dilihat sebagai hab semikonduktor mikrocip di rantau Asia Tenggara menerusi banyak pelaburan daripada syarikat asing utama.

"Keupayaan masa depan kita, kebolehan kita untuk membina kekuatan kita sendiri dalam kalangan ekonomi sedang pesat membangun...itulah kita Uzbekistan dan Malaysia," kata Anwar dalam ucapan beliau pada Forum Perniagaan Uzbekistan-Malaysia di Silk Road Samarkand Complex, di sini, semalam.

Kira-kira 200 syarikat dari kedua-dua negara menghadiri forum perniagaan itu yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Uzbekistan, Jamshid Khodjaev.

Anwar berkata, kedua-dua negara perlu fokus untuk menjalin kerjasama dalam bidang seperti transformasi digital, peralihan tenaga dan juga pembangunan halal.

Menurut beliau, selain menjalin perkongsian, perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara juga meningkat dari tahun ke tahun.

"Kita kena tingkatkan kerjasama (antara kedua-dua negara). Kita boleh mempermudahkan proses (kemudahan menjalankan perniagaan)," kata Perdana Menteri.

Pada 2023, perdagangan antara Malaysia dan Uzbekistan berjumlah RM451.1 juta (AS$94.03 juta), dengan eksport ke Uzbekistan berjumlah RM449 juta (AS$93.6 juta) manakala import sebanyak RM1.99 juta (AS$414,518).

Anwar ketika ini berada di Uzbekistan bagi lawatan rasmi selama tiga hari yang bermula dengan ketibaan beliau di Tashkent, ibu kota negara itu pada Jumaat.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hassan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar merupakan sebahagian daripada delegasi Malaysia yang turut mengiringi Perdana Menteri. – BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 259428 Replies : 6562
Tok Jamal Abdillah bakal timang anak ke-7!
doubleATok Jamal Abdillah bakal timang anak ke-
Views : 11341 Replies : 107
Dulu Viral Sebab Ada 11 Anak, Pasangan Suami Isteri Ini Selamat Timang Cahaya Mata Ke-12.Tak tolak tambah anak
YgBenarDulu Viral Sebab Ada 11 Anak, Pasangan S
Views : 12255 Replies : 41
Konsert Qalam Noraniza Idris
Lulu_717Konsert Qalam Noraniza Idris
Views : 5238 Replies : 19
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 117498 Replies : 1560
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 105316 Replies : 2904
KUIZ..Bolehkah anda kenal watak-watak ini dalam filem P Ramlee?
akuperatijeeKUIZ..Bolehkah anda kenal watak-watak in
Views : 76874 Replies : 259
Bangi rekod angka penduduk tertinggi
mojarean_XBangi rekod angka penduduk tertinggi
Views : 6852 Replies : 19
HATI-HATI DENGAN ORANG INI
hayrin86HATI-HATI DENGAN ORANG INI
Views : 27854 Replies : 169
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 76350 Replies : 3159

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.532065 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list