CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7691|Reply: 11

[Jenayah] Kawalan keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat

[Copy link]
Post time 19-5-2024 10:44 AM | Show all posts |Read mode
Balai Polis Ulu Tiram yang menjadi lokasi kejadian serangan pada awal pagi semalam. - NSTP/NUR AISYAH MAZALAN





KUALA LUMPUR: Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas, susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru, awal pagi semalam, yang menyaksikan tiga maut termasuk dua anggota polis.

Di Selangor, Ketua Polis negeri, Datuk Hussein Omar Khan, berkata pegawai dan anggota di lapangan juga kini berada pada tahap kewaspadaan tinggi, terutama mereka yang bekerja syif luar waktu pejabat.

"Kawalan di balai-balai polis memang sentiasa dilaksanakan dan ada prosedur kawalan keselamatan. Cuma kadang-kadang, kewaspadaan berkemungkinan kurang sebab kita hendak mewujudkan suasana mesra pelanggan.

"Selepas ini, kita akan memperketat dan memperkemaskan lagi pemeriksaan untuk sesiapa yang masuk ke balai, terutama pada waktu malam," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Walaupun langkah itu berkemungkinan akan mendatangkan kesulitan kepada orang awam yang berurusan di balai polis selepas waktu pejabat, beliau berkata, pihaknya memberi jaminan suasana mesra pelanggan tetap diterapkan tetapi pada masa sama memastikan keselamatan anggota dan pegawai bertugas terjamin.

Di Kelantan, Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata semua 10 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), 57 balai polis dan 27 pondok polis di negeri itu sudah diarah memperkemaskan sistem pertahanan sedia ada bagi memastikan kesiapsiagaan anggota.

"Persekitaran balai dan pondok polis, termasuk di daerah-daerah bersempadan dengan Thailand, juga akan dipertingkatkan tahap kesiapsiagaan," katanya.

Beliau berkata, ia termasuk sistem pencahayaan lebih terang agar mudah mengawasi sebarang pergerakan mencurigakan, selain memastikan Kompleks Perumahan Polis di negeri itu sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Di Kedah, Ketua Polis negeri, Datuk Fisol Salleh, berkata tahap keselamatan anggota serta pegawainya adalah antara penekanan dititikberatkan sejak beliau mula menggalas tugas kini pada Jun tahun lalu.

"Penekanan keselamatan ini termasuk terhadap individu dan tempat mereka bertugas.

"Anggota baharu juga memang sudah sedia diberikan latihan ketika awal kemasukan mereka dahulu, namun kita mantapkan lagi latihan mereka supaya tahu apa yang perlu dibuat sekiranya berdepan situasi membahayakan keselamatan mereka," katanya.

Beliau berkata, tahap keselamatan di sempadan juga diberi penekanan, termasuk oleh agensi-agensi penguat kuasa lain, bagi memastikan tidak berlaku sebarang aktiviti jenayah.

Di Sarawak, semua ketua jabatan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan ketua polis daerah diarah meningkatkan lagi kawalan keselamatan serta pertahanan di balai-balai polis seluruh negeri itu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata, berkata mereka turut diminta merancang pelan kawalan keselamatan yang lebih teliti.

"Saya juga sudah meminta mereka memantau elemen-elemen yang ada kaitan dengan kumpulan pengganas di kawasan masing-masing," katanya kepada Bernama.

Di Lahad Datu, Sabah, Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Datuk Victor Sanjos, berkata tiada ancaman keselamatan dikesan pada masa ini di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).

"Sempadan kita di kawasan Timur (Sabah) selamat dan dalam situasi yang baik," katanya. – BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2024 02:20 PM | Show all posts
Bila balai polis pun dah tak selamat, what does that tell you about a country? Lain kali jangan galak sangat mengutuk negara lain now kan dah malu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau balai polis pun tak selamat, apatah lagi tempat lain.,
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 19-5-2024 02:20 PM
Bila balai polis pun dah tak selamat, what does that tell you about a country? Lain kali jangan gala ...

itu balai polis k pondok polis
cuba try buat kt IPD
memg tembak terus kt security post
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 03:27 PM | Show all posts
vespa_oren replied at 19-5-2024 02:35 PM
itu balai polis k pondok polis
cuba try buat kt IPD
memg tembak terus kt security post

News ni cuma kata balai, nasib pondok polis tak tau la pulak.



Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku baru je terbaca news yg ada mangkuk nak rampas sub mesingan polis kat BP Dato' keramat ke mcm tu la
Apa hal dgn polis2 kt msia skang ni ek?
Ulu tiram kene serang
Dato keramat rampas mesingan
Pasni apa?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2024 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 19-5-2024 04:11 PM
Aku baru je terbaca news yg ada mangkuk nak rampas sub mesingan polis kat BP Dato' keramat ke mcm tu ...

Iolss pun Ade bc..knp ye dia org nak serang BP je ni...ade kes beso yg tersembunyi ke... Mcm pelik pulak
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
ina_na replied at 19-5-2024 04:52 PM
Iolss pun Ade bc..knp ye dia org nak serang BP je ni...ade kes beso yg tersembunyi ke... Mcm pelik ...

Itu le...pastu dgn news psl mangkuk mana ntah nak serang istana siap berparang bagai....dah kenapa dgn msia nih?
Takde ke news yg best2 ke mcm msia bakalan turun salji ke kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2024 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 19-5-2024 06:55 PM
Itu le...pastu dgn news psl mangkuk mana ntah nak serang istana siap berparang bagai....dah kenapa ...

Sbb sblm ni x de kan kejadian mcm ni berturut2.. tu yg nampak something...entah la menyeram gak bila difikirkan..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 08:04 AM | Show all posts
baguslah....
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by stingergrumpy at 20-5-2024 08:12 AM

Premise yg ghasernya antara yg paling selamat selama ini...kini dah jadi tempat tak selamat...tempat yg sepatutnya memberi perlindungan...kini menjadi tempat yg memerlukan perlindungan...

Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 19-5-2024 03:27 PM
News ni cuma kata balai, nasib pondok polis tak tau la pulak.

Pondok polis dengarnya dah jadi tempat buat banners pilihanraya....yelah skg every other mth ada PRN kheunz?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.055736 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list