View: 8715|Reply: 0
|
EPL: Arsenal kempunan, ‘gigit jari’ meskipun menang
[Copy link]
|
|
Takehiro Tomiyasu meraikan jaringan yang dilakukan ke atas Everton sebentar tadi.
LONDON – Impian Arsenal untuk menamatkan kemarau kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak kesampaian meskipun menang 2-1 ke atas Everton pada aksi terakhir liga di Stadium Emirates sebentar tadi.
Keputusan itu disebabkan Manchester City tidak mempunyai masalah untuk melakar kemenangan 3-1 ke atas West Ham sekali gus mengesahkan kejuaraan keempat berturut-turut EPL musim ini.
Pada aksi di sebentar tadi, skuad The Gunners kendalian Mikel Arteta dilihat bermain dibawah tekanan kerana perlukan keajaiban untuk muncul juara EPL buat kali pertama sejak tahun 2004.
Arteta membariskan kesebelasan terbaik dengan Kai Havertz, Martin Odegaard, Leandro Trossard dan Gabriel Martinelli berada di posisi serangan manakala Bukayo Saka terpaksa direhatkan ekoran kecederaan.
Namun, pasukan tuan rumah terlebih dahulu dikecewakan apabila Everton meraih gol pembukaan menerusi gol sepakan percuma yang dijaringkan oleh Idrissa Gueye pada minit ke-40.
Tersentak dengan gol tersebut, Arsenal kembali mengemaskan jentera serangan dan berjaya meraih gol penyamaan hasil jaringan Takehiro Tomiyasu berselang tiga minit kemudian.
Bersambung pada babak kedua, Everton terus mempamerkan corak permainan bertahan dengan Arteta terpaksa merombak kesebelasan utama dengan memasukkan pemain simpanan seperti Gabriel Jesus dan Emile Smith Rowe.
Serangan bertali arus yang dilakukan oleh Arsenal akhirnya membuahkan hasil apabila Havertz menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-89 selepas menerima hantaran Odegaard.
Keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan dan Arsenal menduduki tangga kedua EPL selepas mengutip 89 mata, dibezakan dua mata berbanding City selaku juara musim ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... ri-meskipun-menang/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|