CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9376|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Lelaki tipu bagasi berisi teh, edar syabu terlepas hukuman mati

[Copy link]
Post time 20-5-2024 10:20 AM | Show all posts |Read mode

HIASAN.

Kuala Lumpur: Seorang bekas pencuci kereta terlepas tali gantung selepas Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman mati itu kepada penjara 30 tahun dan 12 sebatan kerana mengedar dadah seberat 7.3 kilogram (kg) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail, yang bersidang bersama Datuk Azman Abdullah danDatuk Azmi Bin Ariffin, memutuskan hukuman berkenaan terhadap Chui Kah Fai atas kesalahan pada 2019.

Dalam kes ini, Kah Fai selaku perayu menyatakan bagasi yang dibawa ke KLIA adalah kepunyaan majikan dikenali Jackie.

Lelaki berkenaan mendakwa diberitahu majikannya itu bahawa beg terbabit berisi teh premium berharga yang perlu dibawa ke Sabah.


Perayu itu turut menafikan dirinya tahu bahawa beg berkenaan mengandungi dadah.

Selepas menilai semua keterangan, Mahkamah Tinggi Shah Alam menyifatkan pembelaan lelaki berkenaan sebagai innocent carrier atau pembawa beg yang tidak bersalah sebagai direka dan tidak munasabah.

Ia berasaskan beberapa fakta termasuk penama Jackie tidak wujud, tiada keterangan teh diserahkan kepada siapa di Sabah dan perayu berbohong ketika mengatakan beg berisi teh.

Hadhariah berkata, Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang betul apabila menolak pembelaan 'innocent carrier'.

"Mustahil dadah melebihi berat statutori 50 gram dan dalam jumlah banyak untuk kegunaan perayu.

"Perayu gagal mematahkan anggapan pengedaran di bawah Seksyen 37 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

"Oleh itu, pendakwaan berjaya membuktikan perayu melakukan kesalahan mengedar dadah," katanya dalam alasan penghakiman bertarikh 15 Mei lalu yang dimuat naik menerusi sistem pengurusan e-Kehakiman.

Mengikut pertuduhan, Kah Fai didakwa mengedar methamphetamine seberat 7.296 kg di mesin pengimbas Aras 5 KLIA, Sepang, jam 5.10 petang pada 27 Oktober 2019.

Pada 21 Januari 2022, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman mati terhadap lelaki itu selepas didapati bersalah mengedar dadah.

Hadhariah berkata, pihaknya sebulat suara mendapati sabitan ke atas perayu adalah selamat.

"Berkuat kuasa Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023, hukuman mati bukan lagi mandatori.

"Mahkamah ada kuasa budi bicara untuk mengenakan hukuman alternatif iaitu pemenjaraan 30 tahun serta tidak kurang 12 sebatan.

"Malah, pendakwaan menawarkan hukuman alternatif dan ia diterima perayu. Oleh itu, Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati dan menggantikannya dengan penjara 30 tahun serta 12 sebatan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rlepas-hukuman-mati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Peti Ais Baru
vanilla_vellPeti Ais Baru
Views : 19671 Replies : 97
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 201083 Replies : 4737
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 9992 Replies : 53
เว็บแทงบอลยูโร เดิมพันบอลยูโร สมัครแอดไลน์ @UFADEAL แทงบอลบนมือถือ บอลเต็ง ...
khawjaw67เว็บแทงบอลยูโร เดิมพ
Views : 0 Replies : 0
Ex Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
bottomproEx Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
Views : 91310 Replies : 633
แทงบอลยูโร เว็บแทงบอลยูโรอันดับ 1 สมัครแอดไลน์ @UFADEAL ฝากถอนระบบออโต้ ไม่...
khawjaw67แทงบอลยูโร เว็บแทงบอ
Views : 0 Replies : 0
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27226 Replies : 108
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 192315 Replies : 1713
Beza wasap status ikut level
chaconBeza wasap status ikut level
Views : 5101 Replies : 11
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73704 Replies : 323

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.207174 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list