|
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon. FOTO OMAR AHMAD
Johor Bahru: Kerajaan negeri mengambil langkah berjaga-jaga berikutan peningkatan baharu kes Covid-19 di negara jiran Singapura.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon berkata, Prosedur Operasi Standard (SOP) pengurusan kes Covid-19 dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih digunapakai.
Katanya, setakat ini tiada keperluan untuk pihaknya meminta SOP baharu Covid-19, memandangkan peningkatan kes Covid-19 di negeri ini tidak ketara.
"Menurut data diperoleh pada minggu epid 18 terdapat 95 kes Covid-19, iikuti (138 kes) pada minggu epid 19 dan (154 kes) pada minggu epid 20. Ia menunjukkan peningkatan tetapi tidak ketara sehingga kini.
"Walaupun Singapura sudah keluar penyataan baru tentang lonjakan kes Covid-19 tapi bagi warga Malaysia khususnya di Johor perlu berjaga-jaga khususnya bagi mereka yang berisiko tinggi seperti warga emas ataupun sakit kronik.
"Jika hendak pergi ke tempat berisiko, kita galakkan pakai pelitup muka, kita masih amalkan SOP yang sama. Kalau ada keperluan contoh selsema, batuk dan demam digalakkan pakai pelitup muka dan tidak ke tempat tertutup dan ramai orang,"katanya ketika mengulas langkah kerajaan negeri menghadapi peningkatan kes Covid-19 di Singapura.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Sambutan Hari Wesak di Tokong Fo Guang Shan di Taman Uda Utama di sini, hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -johor-berjaga-jaga |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|