View: 8089|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Premis perindustrian punca air longkang bertukar susu
[Copy link]
|
|
TANGKAP layar video yang menunjukkan warna air sungai yang mengalir di belakang rumah penduduk di Taman Bandar Senawang.
SEREMBAN – Air berwarna putih seakan susu getah yang mengalir dalam longkang awam di Taman Bandar Senawang di sini berpunca dari salah sebuah premis yang beroperasi di kawasan perindustrian Senawang di sini.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan berkata, pihaknya membuat rondaan dan siasatan selepas menerima aduan berhubung kewujudan ‘air putih’ tersebut.
“Pasukan rondaan membuat siasatan di Kawasan Perindustrian Senawang dan menyusuri longkang berhampiran sebelum masuk ke Taman Bandar Senawang.
“Selepas menyusuri longkang awam didapati ada kesan air putih yang berpunca dari sebuah premis industri. Siasatan di dalam premis mendapati air putih yang terhasil adalah daripada longkang di dalam kerja produksi ‘wet milling process’ (proses pengilangan basah),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut JAS, premis itu tidak mempunyai sistem pengolahan efluen perindustrian (SPEP) dan menggunakan semula air untuk kegunaan basuhan mesin ‘wet mill’.
Sebelum ini, media melaporkan air longkang yang mengalir di belakang rumah penduduk D’Latania Taman Bandar Senawang di sini semalam menjadi warna putih seakan susu getah.Air itu mengeluarkan bau seperti bahan kimia yang boleh memeningkan kepala.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... emis-perindustrian/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|