CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3668|Reply: 0

[Johor] 4 gajah mati disyaki diracun, bedah siasat hari ini

[Copy link]
Post time 1-6-2024 02:10 PM | Show all posts |Read mode

EMPAT bangkai gajah dipercayai mati diracun ditemui di kawasan kebun di Kampung Sri Timur, Kahang akan dibedah siasat bagi menentukan punca kematian. FOTO Ihsan Adun Paloh

Kluang: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) akan melakukan bedah siasat terhadap bangkai empat gajah yang dipercayai mati diracun di Kampung Sri Timor, Kahang, di sini.

Pengarah PerhilitaN Johor, Aminuddin Amin berkata, bedah siasat itu penting bagi menyiasat punca sebenar kematian empat hidupan liar itu.

Katanya, pihaknya juga sedang memantau kawasan kebun di kampung itu bagi memastikan bangkai gajah tidak diganggu atau dialihkan.

"Bedah siasat terhadap empat bangkai gajah berkenaan akan diadakan hari ini, manakala keputusan bedah siasat, termasuk ujian kimia dijangka mengambil masa dua hingga tiga minggu.

"Sehingga itu, kita tidak dapat mengesahkan (adakah benar) gajah mati akibat diracun," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri apabila berhadapan gajah kerana haiwan itu yang boleh mengamuk dan mudah naik minyak jika termakan benda yang memudaratkan.

"Ia sangat berbahaya kepada penduduk sekitar," katanya.

Terdahulu, video berdurasi 1 minit 33 saat yang memaparkan bangkai empat gajah didakwa mati akibat diracun tular di media sosial sehingga mengundang kemarahan orang ramai.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh, Lee Ting Han, turut meninjau lokasi penemuan empat bangkai gajah itu pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor itu melahirkan rasa sedih terhadap apa yang berlaku dan mengingatkan penduduk agar tidak mengambil tindakan sendiri.

"Lapor kepada Perhilitan, polis atau ketua kampung sekiranya berhadapan masalah konflik dengan gajah bagi membolehkan pihak berkuasa ambil tindakan lanjut.

"Jabatan Veterinar juga sedang melakukan bedah siasat dan jika terbukti benar empat gajah itu mati diracun, polis sudah tentu akan mengambil tindakan susulan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dah-siasat-hari-ini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.531718 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list