CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3407|Reply: 0

Tuan rumah Euro 2024 cetus resah

[Copy link]
Post time 4-6-2024 11:11 AM | Show all posts |Read mode

REAKSI barisan pemain Jerman selepas tamat perlawanan persahabatan dengan Ukraine. FOTO REUTERS

Nuremberg: Jerman terikat 0-0 dengan Ukraine selepas tuan rumah Kejohanan Eropah itu kurang ketajaman penyudah di Stadium Max-Morlock yang penuh sesak dekat Nuremberg, awal pagi tadi.

Lebih daripada 44,000 peminat berada dalam suasana gembira pada permulaan perlawanan, mengharapkan Jerman yang menemui semula prestasi mereka di bawah bimbingan Julian Nagelsmann untuk mempersembahkan aksi yang hebat kurang dua minggu sebelum memulakan kempen Euro 2024 menentang Scotland di Munich pada 14 Jun.

Namun apa yang penyokong Jerman dihidangkan adalah sesuatu yang agak berbeza selepas skuad bimbingan Nagelsmann menguasai perlawanan dan mencipta banyak peluang tetapi gagal menembusi pertahanan kukuh Ukraine pada aksi pemanas badan itu.

"Saya dapati pasukan mahukan kemenangan dan kami bermain dengan sangat baik untuk tempoh yang lama," kata Nagelsmann kepada stesen penyiar awam Jerman, Das Erste.


"Pada 20 minit pertama permainan sangat bagus. Kami sepatutnya memimpin perlawanan pada masa itu. Saya fikir kami perlu mempamer aksi lebih agresif lagi.

"Kami perlu pastikan lebih banyak pemain berada dalam kotak penalti dan memberikan lebih tekanan dalam kawasan penalti lawan.

"Pemain yang kami bawa masuk tidak memerlukan masa untuk menyesuaikan diri, mereka semua bermain dengan baik," tambah jurulatih berusia 36 tahun itu.

Jerman tampil pada perlawanan itu dengan semangat yang tinggi di bawah bimbingan Nagelsmann, selepas memenangi dua perlawanan terakhir mereka menentang Perancis dan Belanda dengan gaya permainan agresif dan tempo tinggi.

Ia memberikan harapan kepada peminat dengan kelebihan bermain di tempat sendiri, pasukan kesayangan mereka berpeluang menjulang kejuaraan pada Kejohanan Eropah kali ini.

Pada perlawanan hari ini, Nagelsmann terpaksa mengetepikan Toni Kroos dari Real Madrid dan Antonio Ruediger, yang kedua-duanya direhatkan selepas memenangi final Liga Juara-Juara, serta dua pemain Borussia Dortmund, Nico Schlotterbeck dan Niclas Fuellkrug.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ro-2024-cetus-resah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:26 AM GMT+8 , Processed in 2.897045 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list