CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3603|Reply: 0

[Johor] ‘Saya lumpuh sejak dua tahun lalu’

[Copy link]
Post time 4-6-2024 11:29 AM | Show all posts |Read mode

WAHIDAH menerima kerusi roda daripada A. Sani (dua dari kiri) di kediamannya di Jalan Damai Renggam di Kluang baru-baru ini.

KLUANG – Seorang wanita terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak selepas lumpuh dari bahagian pinggang ke bawah sejak dua tahun lalu akibat pe­nyakit sakit tulang belakang yang dihadapnya.

Wahidah Hamzah, 50, berkata, penyakit yang dideritainya sejak sembilan tahun lalu itu menyebabkan dia terpaksa mengharapkan bantuan suaminya, Razak Hamzah, 50, untuk berge­rak selain tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan.

“Keadaan lebih teruk apabila kaki kanan saya patah selepas terjatuh dari katil dua bulan lalu menyebabkan semua urusan terpaksa digalas anak kedua yang baru tamat sekolah menengah,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Cerita Wahidah, dia mene­rima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) sebanyak RM200, namun jumlah itu tidak mampu menampung keperluan perubatan serta kesihatan bulanannya.

“Untuk lampin pakai buang sahaja saya memerlukan kira-kira RM510 sebulan, tidak termasuk kos perjalanan rawatan susulan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di Batu Pahat serta barang-barang lain.

“Ketika sihat dulu saya be­kerja di sebuah kilang, namun terpaksa berhenti akibat penyakit dihadapi ini,” ujarnya.

Menurut Wahidah, dia pernah membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kluang ketika mula-mula berhenti kerja, namun gagal kerana keadaannya ketika itu tidak seperti yang dihadapinya sekarang.

Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Renggam, A. Sani Palal berkata, pihaknya akan mengusahakan bantuan sewajarnya daripada pihak Perkeso bagi meringankan beban keluarga ini dalam masa terdekat ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang bersimpati boleh menghulurkan bantuan menghubungi Wahidah di talian 013 -527 6737.
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... jak-dua-tahun-lalu/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
DJ Best FM menghilang tiba-tiba?
syitaeyqaDJ Best FM menghilang tiba-tiba?
Views : 10429 Replies : 9
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3631 Replies : 40
Bukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Keluang Man Cinematic Universe.Anda teruja?
YgBenarBukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Kelu
Views : 6963 Replies : 3
Geng purdah 'attention seeker' dikecam, spesis sakit otak makan pun nak buat konten!
maklukpenggodaGeng purdah 'attention seeker' d
Views : 5435 Replies : 3
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 2330 Replies : 19
Kanser usus disebabkan minyak masak membimbangkan
maklukpenggodaKanser usus disebabkan minyak masak memb
Views : 32208 Replies : 46
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48003 Replies : 12
Ramai katanya ditipu acik Kim Seri, tersidai di airport palsukan tiket pelanggan bagai
maklukpenggodaRamai katanya ditipu acik Kim Seri, ters
Views : 17024 Replies : 66
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 309948 Replies : 8926
[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Lee Jung Eun ~ 4 December 2024
Rahah[Disney+ 2024] LIGHT SHOP - Ju Ji Hoon,
Views : 27597 Replies : 92

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.149133 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list