View: 2889|Reply: 0
|
[Johor]
Lelaki hilang ketika cari kerang
[Copy link]
|
|
LELAKI berusia 21 tahun dikhuatiri lemas selepas tidak keluar mencari kerang di sekitar pantai Tenglu Mersing Johor . FOTO ihsan bomba
Mersing: Pihak berkuasa melancarkan gerakan mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari kerang di sekitar Pantai Tenglu di sini sejak petang semalam.
Ketua Polis Daerah Mersing Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, Hafiz Nursalam Ahmad, 21, dikhuatiri lemas selepas motosikal dan seliparnya ditemukan di sekitar kawasan kejadian.
Katanya, pihaknya menerima laporan yang dibuat keluarga mangsa pada 12.55 pagi ini selepas lelaki itu tidak pulang ke rumah petang semalam.
"Operasi SAR dimulakan pagi ini dengan kekuatan anggota seramai 48 orang dan 8 bot terdiri daripada polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)," katanya ketika dihubungi.
Dalam pada itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Mersing, Pegawai Bomba Kanan II Mohamed Zainudin Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kes itu pada 8.13 pagi ini.
Katanya, pasukan operasi membuat pencarian di sekitar pesisir pantai menggunakan bot bersama agensi lain.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -ketika-cari-kerang |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|